Fokus

Sahut cabaran Road Map Challenge, menangi hadiah menarik

- Diterbit 2 November 2023 11:05 PM MYT

Oleh HAZIRAH HALIM

SEMPENA ulang tahun penubuhan Wilayah Persekutuan ke-50 tahun, Jabatan Wilayah Persekutuan (JWP) mengajak orang ramai untuk meneroka keunikan Wilayah Persekutuan menerusi Program Pasport 50WP.

Program yang berkonsepkan road map challenge (cabaran peta jalan) ini mengajak orang ramai untuk meneroka 50 lokasi (checkpoints) bersejarah, tersembunyi (unsung places) dan memukau (hidden gems) di sekitar Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan bermula dari 1 Oktober sehingga 25 Februari 2024.

Menyasarkan penyertaan seramai 50,000 peserta dari seluruh negara dalam lingkungan had umur 18 tahun dan ke atas. Tujuan utamanya adalah untuk meraikan kegemilangan 50 tahun Wilayah Persekutuan sambil menjelajah dan menikmati keindahan, keunikan serta kepelbagaian di Wilayah Persekutuan sekali gus mempromosikan pelancongan domestik dan memangkin ekonomi di Wilayah Persekutuan.

Di samping itu, ia juga memberi peluang kepada peserta terutama generasi muda untuk mengetahui lebih lanjut tentang tempat-tempat menarik dan tersembunyi di Wilayah Persekutuan, meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap sejarah dan warisan di samping memupuk rasa sayang dan sense of belonging dalam kalangan rakyat.

KAEDAH PENYERTAAN

BAGI peserta yang ingin menyertai program ini, mereka perlu mendapatkan Pasport 50WP di lokasi-lokasi pickuppoint yang tersenarai di laman media sosial rasmi JWP.

Selepas mendapatkan pasport tersebut, peserta perlu mendaftarkan maklumat diri dalam Google Form yang disediakan sebelum memulakan pengembaraan ke mana-mana checkpoint dalam senarai.

Setelah tiba di lokasi, peserta perlu mengambil gambar selfie dengan di lokasi kemudian perlu mengimbas kod QR di Pasport 50WP untuk mengakses checkpoint submission form.

Selepas mengisi segala butiran tersebut, peserta akan menerima e-mel pengesahan penerimaan dan perlu ditunjukkan kepada pegawai yang menjaga cop di stamp point yang perlu diambil oleh peserta untuk melengkapkan Pasport 50WP masing-masing.

Sekiranya peserta berjaya mengumpul kesemua 50 cop di setiap lokasi checkpoint sekitar Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan, mereka berpeluang memenangi hadiah menarik dan istimewa daripada JWP.

Justeru itu, orang ramai digalakkan untuk menyertai dan menyahut cabaran Road Map Challenge Pasport 50WP kerana pastinya ia akan memberi keterujaan dan pengalaman menarik kepada peserta terlibat.

Untuk maklumat lanjut, boleh melayari laman sesawang Jabatan Wilayah Persekutuan di www.jwp.gov.my dan laman media sosial rasmi JWP atau hubungi pihak urus setia melalui e-mel di [email protected] dan talian hotline 010-264 8230/ 010-264 8258 / 010-264 8209. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas