Berita

Reaksi bantuan RM150 e-Wallet PEMERKASA

MUHAMMAD HAZIM WAFIQ ABD HALIM, 22, PELAJAR
- Diterbit 6 Jun 2021 7:32 AM MYT
MUHAMMAD HAZIM WAFIQ ABD HALIM, 22, Pelajar


BANTUAN ini boleh dilihat dari perspektif kesihatan mental juga. Secara amnya, bagi pelajar bantuan yang diberikan mencukupi berikutan keadaan ekonomi yang agak buruk masa ini. Ia juga umpama bonus kerana bantuan dapat digunakan untuk membeli kad tambah nilai telko yang menjadi keutamaan bagi mereka.”

 

 

 

NURSHAZLIN SHAHROM, 22, Pelajar

 

BANTUAN e-wallet itu dapat digunakan bukan sahaja untuk membeli barang keperluan malah ia juga dapat digunakan untuk keperluan lain. Bantuan RM150 yang diberikan kepada pelajar sudah mencukupi walau bagaimanapun penggunaan duit tersebut adalah terhad di mana ia tidak dapat membantu untuk membayar bil bulanan.”

 

 

 

SITI NURHANIM NADIA SHEIKH OSMAN, 26, Wartawan Sumber Kini

 

PADA saya, insentif ini sangat membantu golongan belia yang sedang melanjutkan pengajian di universiti terutama mereka yang berada dalam kalangan B40. Dengan bantuan kemudahan digital seperti e-wallet, ia juga dapat memudahkan mereka membeli barangan keperluan pengajian di samping membantu pelajar untuk menjalani pembelajaran secara atas talian.”

 

 

 

FATIN NOOR SYAHIRAH HUSSIN, 27, Pegawai Media

 

SAYA berasa terharu di atas keprihatinan kerajaan terhadap golongan bujang terutamanya dalam kalangan B40. Bantuan ini dilihat dapat membantu penganggur atau belia yang terkesan seperti tidak dibayar gaji atau dibuang kerja untuk menambah ‘duit poket’ sepanjang PKP. Namun, melihat kepada keadaan ekonomi masa kini, jumlah yang diberikan adalah sedikit untuk menyara kehidupan sepanjang ‘lockdown’ dilaksanakan.”

 

 

 

SITI NURFATIAH ROSSTAM, 25, Pekerja Swasta

 

BAGI saya, kerajaan sudah melakukan inisiatif terbaik dengan menghulurkan bantuan sewaktu PKP dan ia sekali gus mengurangkan beban terutama golongan bujang dari segi perbelanjaan pada waktu ini. Jadi saya rasa, bantuan ini sedikit sebanyak membantu mereka.”

 

 

 

HAFIZUDDIN MOHAMMAD KHOSIM, 27, Pemandu Van Barangan Syarikat

 

BERDASARKAN pemerhatian saya, kebanyakkan golongan bujang tidak berada di bawah tangunggan ibu bapa jadi dengan insentif seperti ini dapat membantu mereka yang terjejas dari aspek kewangan serta kos sara hidup.” -WILAYAHKU – HAZIRAH HALIM

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas