Biz

Rasmi gedung baharu di Shah Alam… Jakel pilih Aaron Aziz, Nabil Ahmad

Datuk Seri Mohamed Faroz Mohamed Jakel.
- Diterbit 5 April 2023 11:59 PM MYT

SEMPENA Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelma, Jakel menawarkan jualan istimewa seterusnya merasmikan pembukaan premis baharu miliknya di Seksyen 7, Shah Alam, Selangor pada Rabu, semalam.

Apa yang istimewa , selebriti popular Datuk Aaron Aziz dan Nabil Ahmad dipilih menjadi duta Jakel tahun ini, di mana baju Melayu mereka yang sebelum ini ditawarkan pada harga RM229, kini hanya dijual RM149 termas pelbagai uk samping dan butang baju percuma.

PENGARAH Urusan Jakel, Datuk Seri Mohamed Faroz Mohamed Jakel (tengah) ketika berucap bersama Nabil Ahmad dan Aaron Aziz di majlis perasmian gedung baharu Jakel di Shah Alam semalam.

Menurut Pengarah Urusannya, Datuk Seri Mohamed Faroz Mohamed Jakel, premis berkenaan yang dilengkapi kemudahan dijangkakan mampu menerima 1,000 pelanggan dalam satu masa.

“Premis baharu kami yang terletak bersebelahan Hospital Shah Alam ini turut menyediakan kawasan letak kereta yang kondusif iaitu berkapasiti 1,000 ruang dalam satu masa.

“Kita turut menyediakan perkhidmatan buggy khusus untuk membawa pelanggan dari tempat letak kereta hingga ke hadapan kedai,” katanya.

PENGARAH Urusan Jakel, Datuk Seri Mohamed Faroz Mohamed Jakel.

Gedung baharu Jakel itu terletak 200 meter dari premis lama yang sebelum ini musnah dalam kejadian kebakaran, awal tahun ini.

“Apapun kami bersyukur kepada Allah SWT kerana dengan izinnya, Jakel Shah Alam baharu ini sempat dibuka sempena ketibaan Aidilfitri.

“Pada masa sama, orang ramai juga berpeluang untuk dapatkan produk jenama Ariani dan Hajrah di sini,” katanya.

Tambah beliau, di samping itu, selari dengan inisiatif dan hasrat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, pihaknya turut melancarkan Kempen Jualan Rahmah Jakel baru-baru ini.

“Kita ingin turut meringankan beban rakyat pada masa sama memastikan semua orang berpeluang bergaya di hari raya Aidilfitri.

“Jika dulu samping dijual pada harga RM119, sekarang hanya ditawarkan dengan harga RM39 menerusi kempen ini, ” tambahnya. – WILAYAHKU

 

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas