Berita

Prolintas sumbang 150 pek barang dapur untuk warga memerlukan

KAMARUDIN Jaffar (dua dari kanan) menerima sumbangan barangan keperluan dapur disampaikan oleh wakil Prolintas, Dr Zarulazam, baru-baru ini. KAMARUDIN Jaffar (dua dari kanan) menerima sumbangan barangan keperluan
- Diterbit 1 Ogos 2021 8:00 AM MYT
HAND Sanitizer bersaiz kecil dan kompak disedia untuk
memudahkan orang ramai membawa cecair pembasmi
kuman itu ke mana sahaja mereka pergi.

SEJUMLAH 150 pek barangan keperluan dapur disumbang oleh Prolintas Group of Companies untuk diagih kepada penduduk B40 di Bandar Tun Razak yang memerlukan.

Ahli Parlimennya, Datuk Kamarudin Jaffar ketika ditemui media berkata, barang keperluan harian dianggar bernilai RM80, disumbangkan syarikat pemegang konsesi Lebuhraya SUKE itu, sebagai salah satu tanggungjawab sosial korporat (CSR).

Prolintas katanya, telah tampil membantu warga setempat yang memerlukan khususnya golongan B40 yang terkesan akibat penularan COVID-19.

“Saya ingin ucapkan berbanyak terima kasih atas sumbangan diberikan oleh Prolintas ini atas rasa tanggungjawab dan keprihatinan mereka kepada penduduk di sini.

“Jadi, adanya sumbangan seperti beras, minyak masak, kicap, sardin, gula dan lain-lain termasuk pelitup muka itu dapat dimanfaat oleh penerima.

“Kita juga sentiasa terbuka menerima apa sahaja bentuk sumbangan daripada semua pihak ingin membantu masyarakat dalam mendepani wabak pandemik ketika ini,” katanya selepas menerima 150 pek makanan sumbangan Prolintas Group Of Companies,di Pejabat Ahli Parlimen Bandar Tun Razak, di sini.

Kamarudin juga Timbalan Menteri Luar menerima sumbangan disampaikan oleh wakil Prolintas, Dr. Zarulazam Eusofe iaitu Timbalan Pengurus Besar Lebuhraya Bertingkat SUKE.

 

FAROUK Mohd Noor ketika menerima 1,500 botol hand sanitizers disumbangkan
oleh Eifarna Empire yang disampaikan oleh Liana Esa.

Sementara itu, bagi Pengerusi Majlis Perwakilan Penduduk Wilayah Persekutuan (MPP) Subzon 5, Bandar Tun Razak, Farouk Mohd Noor, barangan diterima akan diagih kepada penduduk setempat yang telah dikenal pasti dan memerlukan.

“Sumbangan sama ada daripada korporat, swasta mahupun individu akan menjadi pelengkap bagi inisiatif sumbangan disalurkan kerajaan seperti Bakul Makanan selain bantuan beras @Wilayah Prihatin,” katanya.

Sementara itu, dalam perkembangan berasingan, MPPWP Sub Zon 5 turut menerima sumbangan 1,500 botol cecair pembasmi kuman yang telah disumbangkan oleh syarikat Eifarna Empire yang diwakili oleh Pengarah Urusannya, Liana Esa.

Menurut Farouk, semua sanitizers yang diterima akan disumbang kepada penerima vaksin yang berdaftar melalui MPPWP Sub Zon 5, Bandar Tun Razak bagi program PPV di Desa Tun Razak yang akan diadakan bermula 29 hingga 31 Julai ini.

“Saya bagi pihak MPPWP Sub Zon 5 menzahirkan berbanyak terima kasih kepada Puan Liana Esa dan syarikat Eifarna Empire atas sumbangan dan kerjasama yang diberikan untuk komuniti. Semua usaha yang dilakukan adalah bertujuan menjaga kebajikan penduduk dan bersama mengamalkan SOP yang telah ditetapkan, “ katanya. –WILAYAHKU 

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas