Berita

Kekal Semangat – Nur Ku Zarith

- Diterbit 1 Ogos 2021 7:04 AM MYT

KETIKA dunia masih dilanda wabak COVID-19, atlet negara tetap berjuang sepenuh hati untuk mengharumkan nama Malaysia di pentas dunia.

Bangga dengan semangat yang dipamerkan, atlet pelayaran Wipers, Nur Ku Zarith Ja’far, 14 berkata, dia berharap kontinjen Malaysia ke Olimpik sentiasa menjaga diri dan patuh kepada prosedur operasi standard (SOP).

“Saya yakin SOP di sana amat ketat dan keadaan terkawal. Para atlet pasti mahu ia berjalan lancar dan kekal selamat di negara matahari terbit itu.

“Kekal semangat! Fokus yang terbaik. Anda yang tersenarai ke Olimpik merupakan atlet terbaik. Saya  yakin seluruh rakyat Malaysia mendoakan anda semua,” ujarnya.

Katanya lagi, dia berharap kontinjen Malaysia maju jaya dan meraih pingat di pentas Olimpik Tokyo 2020 yang membuka tirai pada 23 Julai lalu. -WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas