Berita

Polis Putrajaya terima sumbangan 50 kampit beras

ZAIZALNIZAM (dua dari kanan) menyerahkan beras kepada Mohd Fadzil (dua dari kiri) dalam program sumbangan MYBeras di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya hari ini.
- Diterbit 11 Februari 2021 10:33 AM MYT

PROGRAM MYBeras yang dilancarkan sejak 1 Febuari lalu turut memperuntukkan kira-kira 50 kampit beras kepada anggota polis di Putrajaya.

Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Polis (ACP) Mohd Fadzil Ali berkata, sumbangan tersebut dapat menyuntik semangat anggotanya yang sedang bertugas menjaga keselamatan warga Putrajaya.

“Sumbangan ini memang amat alu-alukan kerana ada dalam kalangan anggota yang turut terkesan dan merasai keperitan akibat pandemik ini.

“Ia sekurang-kurangnya memberi semangat kepada anggota untuk menjalankan tugas kerana mereka turut menjadi penerima bantuan seperti ini dan tidak ditinggalkan,” katanya kepada Wilayahku selepas program Penyerahan MYBeras di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya.

Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Wilayah Persekutuan (YWP) Datuk Zaizalnizam Zainun hadir menyampaikan 50 kampit bera.

Turut hadir, Anggota Pentadbiran Perbadanan Putrajaya (PPj) Datuk Tun Faisal Ismail Aziz.

Dalam pada itu, Tun Faisal berkata, program yang dianjurkan ini bertetapan dengan semangat Hari Wilayah Persekutuan yang menyeru dalam memperkasakan agenda prihatin kepada rakyat.

“Sumbangan ini tidak hanya untuk rakyat yang memerlukan bahkan ia perlu disalurkan kepada anggota-anggota polis yang turut terkesan dengan pandemik ini.

“Pihak polis memainkan peranan yang sangat penting dalam menjayakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak ia mula diperkenalkan dan mereka terdedah secara langsung dengan virus tersebut,”

“Pengorbanan mereka tidak terbalas, namun dengan sumbangan ini diharap dapat meningkatkan semangat mereka untuk terus menjaga keselamatan dan memastikan wabak ini berakhir,” katanya. – AZLAN ZAMBRY -WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas