Berita

PM hulur sumbangan kepada artis veteran Jalil Hamid

- Diterbit 27 Januari 2024 2:00 PM MYT

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menghulurkan sumbangan kepada artis veteran, Jalil Hamid yang kini mengalami maslaja kesihatan.

Menerusi Facebooknya, Anwar berkata, sumbangan dan program ziarah ke rumah artis itu telah diwakili Setiausaha Politiknya, Farhan Fauzi.

“Alhamdulillah, semalam Setiausaha Politik saya, saudara Farhan Fauzi berkesempatan melakukan ziarah ke atas seniman Jalil Hamid serta memberikan sedikit sumbangan kepada beliau.

“Saya mendoakan saudara Jalil dikurniakan afiyah serta sentiasa diberikan kekuatan oleh Allah SWT,” tulisnya.

ANWAR Ibrahim yang mewakilkan setiausaha politiknya, Farhan Fauziah menyampaikan sumbangan kepada artis veteran, Jalil Hamid yang kini mengalami masalah kesihatan.

Terdahulu pada 1 Disember lalu, media melaporkan Jalil atau nama sebenarnya Abdul Jalil Abdul Hamid, 67, mendedahkan dia mengalami penurunan berat badan mendadak sebanyak 30 kilogram (kg).

Jali berkata, penyusutan berat badan itu berlaku selepas dia disahkan mengalami masalah jantung dan hilang selera makan sejak setahun lalu. – WILAYAHKU

 

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas