Berita

Penglibatan belia mampu kukuhkan perpaduan Keluarga Malaysia – Shahidan

SHAHIDAN (tengah) merasmikan Sambutan Hari Belia dannAnugerah Belia Perdana 2022 peringkat Labuan.
- Diterbit 25 September 2022 3:30 AM MYT

“PENGLIBATAN dan sumbangan belia diperlukan dalam memperkukuhkan perpaduan di kalangan Keluarga Malaysia,” kata Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim.

Beliau berkata kerajaan tidak pernah lupa untuk mengiktiraf usaha, sumbangan dan pencapaian seluruh warga belia dalam negara termasuklah di Labuan.

“Pelbagai inisiatif khusus untuk membantu golongan belia diperkenalkan kerajaan, antaranya bantuan kewangan dan program keusahawanan.

“Ayuh belia Keluarga Malaysia, rebutlah dan manfaatkanlah semua peluang, ruang dan inisiatif yang ditawarkan ini bagi membangunkan kebolehtahan, sekali gus memajukan diri,” ucapnya ketika merasmikan Sambutan Hari Belia Negara dan Majlis Penyampaian Anugerah Perdana Belia Negara Peringkat Wilayah Persekutuan Labuan pada Ahad lalu.

Hadir sama, Pengerusi Perbadanan Labuan, Senator Datuk Bashir Alias, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan, Rithuan Mohd Ismail dan Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Wilayah Persekutuan, Datuk Zaizalnizam Zainun.

Pada majlis sama, Shahidan turut menyampaikan bantuan pentadbiran daripada kementeriannya sebanyak RM20,000 kepada Majlis Belia Labuan. Anugerah Belia Perdana Negara 2022 kategori individu lelaki dimenangi oleh Mohammadthir Malik dan kategori wanita dimenangi Nazera Roslan. Manakala, bagi kategori pertubuhan belia dimenangi oleh Pertubuhan Belia Beliawanis Bukit Kuda (P-B-B-B-K). – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas