Berita

Penggunaan Nombor Bil sebagai rujukan bayaran CAPL bermula 1 April – LHDN

KREDIT foto: BERNAMA.
- Diterbit 29 Mac 2024 5:00 PM MYT

BAYARAN Cukai Aktiviti Perniagaan Labuan (CAPL) boleh dibuat dengan menggunakan Nombor Bil sebagai rujukan bayaran mulai 1 April 2024.

Menurut Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dalam kenyataan Nombor Bil boleh diperolehi dengan mengemukakan permohonan kepada Seksyen Antarabangsa Labuan, LHDN Sabah menerusi beberapa kaedah antaranya membuat pengiraan kadar cukai dan amaun bayaran terlebih dahulu mengikut tahun taksiran dan mengisi maklumat yang diperlukan dalam borang permohonan berkenaan.

“Kaedah lain adalah mengemukakan borang permohonan yang diisi dengan lengkap ke seksyen berkenaan untuk diproses bagi janaan Nombor Bil.

“Nombor Bil yang dijana akan dimaklumkan kepada pembayar cukai melalui slip pembayaran,” menurut kenyataan itu.

LHDN memaklumkan borang permohonan adalah tertakluk kepada satu tahun taksiran dan satu kadar cukai sahaja dan sekiranya bayaran melibatkan beberapa tahun taksiran, permohonan hendaklah dibuat dengan mengisi borang secara berasingan.

Bayaran menggunakan Nombor Bil boleh dibuat menerusi Portal ByrHASiL https://byrhasil.hasil.gov.my/

Maklumat lanjut boleh dirujuk kepada manual pengguna yang boleh dicapai melalui Portal MyTax https://mytax.hasil.gov.my/

– BERNAMA

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas