Berita

Pengguna sokong hasrat kerajaan dalam pelaksanaan gaji progresif

PENGGUNA perlu berjimat-cermat ketika berbelanja. - Gambar hiasan
- Diterbit 6 Oktober 2023 5:00 AM MYT

KOS sara hidup yang ­semakin ­tinggi di negara khususnya buat warga ­kota dilihat semakin merunsingkan.

Baik daripada segi ­memenuhi keperluan asas, kadar sewa dan banyak lagi, kesemuanya berlaku peningkatan memberi kesan ­bagi menampung perbelanjaan.

Rata-rata, rakyat Malaysia ­khususnya ­warga kota kini ­mengharapkan sedikit ­sinar mahupun pembaharuan yang ­mampu membantu ­kewangan mereka di kala saat-saat ekonomi yang mencabar.

MUHAMMAD

Pekerja swasta, Muhammad Ijlal Abu Bakar berkata ­kebanyakan barang keperluan asas meningkat menyebabkan perbelanjaan juga lebih banyak.

Menurutnya, selain menyokong penuh hasrat kerajaan dalam ­pelaksanaan gaji progresif, dia juga berpendapat kadar gaji minimum juga perlu diteliti untuk dinaikkan.

“Harga barang-barang ­keperluan asas banyak yang ­meningkat, ­namun, pendapatan masih kekal ­sama, ini sesuatu yang ­membebankan semua pengguna.

“Dasar gaji progresif ­satu ­langkah yang bagus untuk ­dilaksanakan namun, jika dilihat, kadar gaji minimum juga ­perlu ­ditingkatkan supaya relevan ­dengan kos sara hidup masa kini.

“Ia sekali gus dapat ­membantu kelangsungan hidup ­menjadi ­lebih baik dengan keadaan ekonomi sekarang,” katanya kepada Wilayahku.

DIDI ERY

Dalam pada itu, pekerja ­swasta, Didi Ery Syaril memberitahu, ­kenaikan kadar gaji minima ibarat ‘nafas baharu’ yang membantu seiring dengan kenaikan kos sara hidup ­masa kini.

“Jika ­kita dapat ­lihat, banyak yang tertekan ­dengan kos sara hidup yang meningkat, ramai yang ­terpaksa berjimat-cermat di dalam perbelanjaan.

Antara jalan terbaik pada saya, menaikkan kadar gaji ­minimum, supaya dapat membantu dan boleh hidup dengan lebih selesa,” jelasnya.

NURAMALINA

Sementara itu, pekerja ­swasta, Siti Nuramalina Azmi berkata ­kadar gaji minima boleh membantu perkembangan ekonomi negara.

“Bila ­gaji ­ditingkatkan, orang ramai ­mempunyai kuasa ­beli ­lebih ­banyak sekali gus merancakkan ekonomi negara.

“Malah selain itu, ­dapat ­membantu orang ramai ­untuk menabung dan tidak lagi melakukan dua atau lebih pekerjaan ­bagi menampung ­perbelanjaan,” ­ujarnya. – WILAYAHKU – SYED HAZIQUE

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas