Berita

Pencipta Pegang Waktu dinobatkan Drama TV Terbaik ASA 2022

|TEAM drama Pencipta Pegang Waktu bersama Fauziah Nawi.
- Diterbit 30 Oktober 2022 6:04 PM MYT

DRAMA Pencipta Pegang Waktu (TV3) dinobatkan sebagai Drama TV Terbaik Anugerah Seri Angkasa 2022 (ASA 2022) yang berakhir pada Ahad malam.

Hasil kemenangan tersebut, drama terbitan TV3 itu membawa pulang trofi kemenangan, hadiah wang tunai serta Dana Kandungan Digital (DKD) bernilai RM200,000.00.

Manakala, Dokumentari berjudul Social Playlist oleh Herbert Pua Kuo Jie terbitan Astro pula memenangi Anugerah Dokumenteri TV Terbaik turut merangkul pulang trofi kemenangan, hadiah wang tunai serta DKD bernilai RM150,000.00.

TEAM drama Pencipta Pegang Waktu bersama Fauziah Nawi.

Kemenangan ini diraikan secara langsung dalam suasana penuh gemilang di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

Para pemenang semua kategori ASA 2022 bukan sahaja menerima trofi kemenangan masing-masing bahkan turut menerima hadiah berbentuk wang tunai berjumlah RM5,000.

Anugerah berprestij ini turut menyaksikan primadona Fauziah Nawi dinobatkan sebagai Tokoh Seri Angkasa yang menerima trofi serta hadiah berupa wang tunai bernilai RM10,000.00 dan sebuah kereta model Mitsubishi Expander.

Tuan Haji Ahmad Noor Sulaiman, Penerbit Program Halaqah (Episod 7): Bencana, Muhasabahkah Kita? Terbitan TV3 pula telah dipilih untuk menerima Anugerah Khas Juri yang turut menerima trofi serta hadiah berupa wang tunai bernilai RM8,000.00.

Anugerah Seri Angkasa 2022 dengan tema ‘Kemuncak Kecemerlangan’ yang pertama kali dianjurkan pada tahun 1972 dan terakhir diadakan pada tahun 2016 kini kembali mewarnai persada industri penyiaran dan kreatif negara dengan menerima pencalonan keseluruhan sebanyak 1,586.

Dari jumlah tersebut sebanyak 1,354 pencalonan telah menepati syarat-syarat yang ditetapkan iaitu 1,035 bagi Kategori Televisyen, 276 bagi Kategori Radio dan 43 bagi Kategori Media Baharu yang buat julung kalinya diperkenalkan pada kali ini.

Peningkatan ketara ini menunjukkan bahawa pencapaian standard penyiaran oleh para karyawan, kru penerbitan dan lainlain dalam penghasilan karya masing-masing.

Terdahulu, Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Datuk Seri Panglima TPr, Annuar Musa yang telah mencetuskan idea bagi penjenamaan semula ASA berkata, penganjuran majlis anugerah berprestij itu turut memperkenalkan Dana Kandungan Digital (DKD) sebagai hadiah rebutan yang amat berprestij.

Ini adalah selaras dengan langkah-langkah bawah Pelan Pemulihan Negara yang bertujuan bagi membantu serta menggalakkan pengamal industri kreatif menghasilkan, memasarkan dan mengedar kandungan kreatif yang tinggi nilainya kepada pasaran tempatan serta antarabangsa terutama dalam fasa pasca COVID-19. – WILAYAHKU

 

Senarai pemenang Anugerah Seri Angkasa 2022 (malam kemuncak) 

Video klip hiburan menerusi YouTube Rasmi Terbaik – Sentiasa Di Sini (Astro Gempak)

Drama Bersiri Menerusi YouTube Rasmi Terbaik – Bunga’s Secret Garden (Astro Gempak)

Pengimbangan Audio Radio (lokasi) Terbaik – Lintas Langsung Tinjauan Pasca Banjir Sungai Telemong (Bernama Radio)

Hiburan Radio Terbaik – Raya Extravaganza (Traxx FM)

Pesanan Khidmat Awam & Kapsul Radio Terbaik – Sketsa Banjir Dan Pindah (Sabah FM)

Penyampai Radio Lelaki Terbaik – Mohd Azlan Omar : Ruangan Pilihan Pendengar (Klasik Nasional)

Penyampai Radio Wanita Terbaik – Azlina Kamarudin : Getaran Pagi (Negeri FM)

Jurukamera TV SCP Terbaik – Nileshkumar Rajendran : Manmadha Bullets ( Astro)

Jurukamera TV Multiple Camera Production Terbaik – Konsert Minggu Ini Dayamg Nurfaizah & Hael Husaini (RTM)

Penataan Cahaya TV Terbaik – Berdua (TV1)

Audio Rancangan TV Terbaik – Andrew Lew : Anugerah MeletopEra 2020 ( Astro Ria)

Pengimbangan Muzik TV Terbaik – Berdua (TV1)

Pesanan Khidmat Awam & Kapsul TV Terbaik – PSA Pencegahan Bunuh Diri (Berita RTM)

Buletin TV Terbaik – Berita Perdana Edisi Khas Belanjawan 2021 (Berita RTM)

Wartawan TV Terbaik – Mas Zharif Zhafri Abdul Azid : ICU Seluruh Negara Melebihi Kapasiti ( TV9)

Liputan Sukan TV Terbaik – Mohammad Fairuz Abd Hanif : Perlawanan Akhir TM Piala Malaysia 2021 , Kuala Lumpur City Lawan Johor Darul Ta’zim (TV1)

Liputan Khas Siaran Langsung Terbaik – Siaran Langsung hari Angkatan Tentera Ke-86 (Berita RTM)

Pengacara TV Terbaik – Ahmad Fedtri Yahya : Jejak Rasul (TV3)

Penyampai Berita TV Terbaik – Norliza Mohd Zain : Buletin Utama (TV3)

Hiburan Muzikal TV Terbaik – Gegar Vaganza 7 (Astro Ria)

Majalah TV Terbaik – Majalah 3 : Predator Darat (TV3)

Komedi TV Terbaik – Sepahtu Reunion Live 2020 ( Astro Prima)

Pelakon Lelaki Drama Radio Terbaik – Beto Khusyairy: Anugerah Terindah (Salam FM)

Pelakon Wanita Drama Radio Terbaik – Lisdawati: Akhirnya Bahagia Meluruh ( Nasional FM)

Skrip Drama Radio Terbaik – Akhirnya Bahagia Meluruh (Nasional FM)

Drama Radio Terbaik – Anugerah Terindah (Salam FM)

Pelakon Lelaki Drama TV Terbaik – Eman Manan: Satu Kampung Dua Orang (Astro Citra)

 

Pelakon Wanita Drama TV Terbaik – Khatijah Tan: Rabak (TV3)

Skrip Drama TV Terbaik – Sham Hashim : Scammer (Astro Ria)

Pengarah Drama TV Terbaik – Zainorhisyam Samudin : Pencipta Pegang Waktu (TV3)

Dokumentari TV Terbaik –Social Playlist (Astro AEC)

Drama TV Terbaik – Pencipta Pegang Waktu : Nor Shahila Harun Shah (TV3)

Tokoh Seri Angkasa 2022 – Fauziah Nawi

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas