Berita

Pejabat Pengarah Tanah dan Galian WPKL ditutup hingga esok

NOTIS penutupan Pejabat Pengarah Tanah & Galian yang ditutup hingga esok bagi tujuan sanitasi di ruang pejabat. NOTIS penutupan Pejabat Pengarah Tanah & Galian yang ditutup hingga esok bagi tujuan sanitasi di ruang pejabat.
- Diterbit 17 Mei 2021 5:25 AM MYT

PEJABAT Pengarah Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (PPTGWPKL) mengeluarkan notis penutupan sementara bagi kerja-kerja sanitasi di ruang pejabat bermula hari ini.

Notis tersebut dikeluarkan di laman Facebook Pejabat Pengarah Tanah & Galian WP menyatakan penutupan pejabat akan bermula pada 17 Mei dan 18 Mei 2021. Ia akan beroperasi semula pada 19 Mei 2021 tertakluk kepada nasihat Pejabat Kesihatan Daerah.

Menurut kenyataan tersebut, langkah penutupan sementara pejabat ini bertujuan untuk menjamin keselamatan para pelanggan dan kakitangan.

Bagaimanapun, para pelanggan diminta untuk mengikuti Prosedur Operasi Standard (SOP) norma baharu yang telah ditetapkan oleh kerajaan dalam usaha mengekang penularan wabak COVID-19 sepanjang berurusan di premis tersebut.

Sebarang urusan berkaitan Permohonan Carian Persendirian, Permohonan Carian Rasmi, Permohonan Kebenaran Pindah Milik, Permohonan Pembangunan dan Pelupusan Tanah, Semakan dan Pembayaran Cukai Tanah dan Cukai Petak (e-bayaran) serta lain-lain perkhidmatan, para pelanggan digalakkan untuk menggunakan perkhidmatan atas talian yang boleh dilayari melalui Portal Rasmi PTGWP http://www.ptgwp.gov.my/portal/landing-page atau Portal Awam e-Tanah WP Kuala Lumpur https://www.ptgwp.gov.my/etanah-awam/AwamLoginForm.xhtml. – WILAYAHKU – HAZIRAH HALIM

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas