Berita

PBAKL 2023 sasar 1.3 pengunjung dalam, luar negara

KHAIR ketika berucap pada Majlis Perasmian Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2023 (PBAKL 2023)
- Diterbit 27 Mei 2023 9:28 AM MYT

PESTA Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2023 (PBAKL 2023) menyasarkan seramai 1.3 juta pengunjung dalam dan luar negara sepanjang penganjuran program.

Pengerusi Pengelola PBAKL 2023, Mohd Khair Ngadiron berkata penganjuran pada tahun ini mempunyai tarikan tersendiri di mana sebanyak 211 penerbit, syarikat dan pempamer dihimpunkan dengan 812 reruai disediakan.

“Tahun lalu, PBAKL 2022 berjaya menempatkan sebanyak 709 reruai menerusi 10 hari penganjurannya dengan jumlah pengunjung 1.3 juta orang.

“Justeru itu, tahun ini kita sasarkan 900 ribu pengunjung dengan lebih 100 program dan aktiviti yng akan dianjurkan oleh pempamer.

“Menariknya, kita juga menampilkan tiga tamu iaitu Negara China sebagai negara tamu, Negeri Sarawak sebagai negeri tamu dan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sebagai kementerian tamu,” katanya ketika berucap pada Majlis Pelancaran Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2023 (PBAKL 2023) di Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur, hari ini.

Tambahnya, PBAKL juga turut membawakan aplikasi Tik Tok sebagai rakan strategik bagi tahun ini dengan tema hashtag Book Tok Malaysia atau #BookTokMalaysia.

“Aplikasi ini telah mengumpulkan sebanyak 191.3 juta penonton pada lima hari penganjurannya. Jumlah ini memberi banyak kesan positif dalam penganjuran PBAKL tahun ini,” ujarnya.

Terdahulu, orang ramai boleh menghadiri PBAKL 2023 diadakan bermula hari ini (26 Mei) sehingga 4 Jun pukul 10 pagi hingga 10 malam.-WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas