Berita

PAU 2021 medan terbaik Zahid nyatakan pendirian politik

Umno president Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi leaving at the KL court complex after turning up to support Datuk Seri Najib Tun Razak,Thursday, October 25, 2018. RAJA FAISAL HISHAN/The Star
- Diterbit 26 Mac 2021 7:22 AM MYT

Menjelang Perhimpunan Agung UMNO (PAU) esok, Presidennya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi perlu menjadikannya sebagai medan bagi menyatakan pendirian politik UMNO selepas isu mahu bekerjasama dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang sebelum ini menjadi polemik.

Bekas Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri TPr Annuar Musa berkata Ahmad Zahid harus mengambil kesempatan itu bagi menjelaskan pelbagai khabar angin dan kenyataan yang dibuat pelbagai pihak mengenai perkembangan terbaharu kedua-dua parti menjelang PiIihan Raya Umum Ke-15 kelak.

“Saya fikir Presiden UMNO mungkin mempunyai peluang yang terbaik sewaktu PAU diadakan kerana akan ada Ucapan Dasar Presiden. Saya faham sememangnya ada kesamaran, tanda tanya, ada berita yang bercanggah.

“Ada yang kata Presiden (UMNO) ada berbincang dengan PKR. Ada yang kata ada surat dan tandatangan berpakat menyokong Anwar Ibrahim.

“Anwar (Datuk Seri Anwar Ibrahim) sendiri kata ada jumpa tapi tiada pakatan. Setiausaha Agung PKR Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail pula kata perjumpaan biasa-biasa sahaja,” katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan kunci kepada pemilik Residensi Razakmas2 di Kuala Lumpur yang disempurnakan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin hari ini. – AZLAN ZAMBRY – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas