Biz

Outlet aksesori fesyen muslimah ketiga Wirdora di Putrajaya

ANTARA aksesori menarik di Wirdora. ANTARA aksesori menarik di Wirdora.
- Diterbit 16 April 2022 6:00 AM MYT

KEPUASAN pelanggan adalah keutamaan kami. Itu yang dititikberatkan oleh pengasas butik aksesori hijab, Wirdora yang baru sahaja membuka outlet ketiga bertempat di IOI Mall Putrajaya.

Pembukaan outlet ketiga tersebut dengan keluasan 370 kaki persegi sekali gus menjadikannya outlet terbesar berbanding dua cawangan lain yang terletak di KLCC dan KL East Mall.

Menurut pengasasnya, Wirdalina Tauhed, outlet terbaharunya itu antara yang menjadi sasaran kerana lokasinya yang terletak di Level 1 unit 74 agak strategik dan menjadi tumpuan pelanggan.

Outlet Wirdora ini berkonsepkan elegan dan moden selari dengan
imej produk yang mengetengahkan elemen eksklusif dan premium. Sebenarnya pembukaan outlet ini memang dalam perancangan kami.

“Pada tahun ini, saya dan suami nekad untuk membuka outlet di sini kerana mendapat sambutan yang menggalakkan daripada pelanggan untuk mengadakan butik fizikal sekitar sini,” ujarnya yang berjaya membuka tiga cawangan hanya dalam masa satu tahun sahaja.

Katanya lagi, kebanyakan pelanggan Wirdora suka melihat produk tersebut secara fizikal yang mana mereka suka membelek dan mencuba sendiri produk tersebut.

“Kami percaya kepuasan pelanggan adalah keutamaan kami.  Alhamdulillah, maka, tertubuhlah Wirdora di sini,” ujarnya yang turut memiliki ibu pejabat (HQ) di Ampang Jaya, Selangor.

Memiliki suasana outlet yang kemas dan selesa, outlet Wirdora ini menawarkan lebih daripada 300 pilihan produk menarik bermula pada harga RM10 hinggalah RM500. Seleksi rangkaian di sini termasuklah kerongsang, peniti skaf, tudung bawal dan shawl, pelitup muka, stokin tangan dan inner hijab, butang baju Melayu, tas kerongsang dan bermacam lagi.

Sempena pembukaan outlet ini, Wirdora turut menawarkan pelbagai promosi termasuklah potongan diskaun dan hadiah menarik buat pelanggannya.

Wirdora telah ditubuhkan pada Mei 2017 di bawah pengasasnya iaitu Wirdalina Tauhed dan kini diusahakan bersama suaminya, Khairool Anwar Laksama.

Minat beliau yang mendalam dalam bidang bisnes dan fesyen maka tertubuhnya Wirdora yang menawarkan pelbagai jenis aksesori fesyen muslimah terutamanya kerongsang dan peniti tudung bagi wanita yang mementingkan penampilan bergaya, eksklusif dan mewah.

Selain menjual aksesori hijab, Wirdora turut memperkenalkan rangkaian lain termasuklah tudung, butang baju Melayu, pelitup muka, stokin lengan, dan lain-lain lagi. -WILAYAHKU 

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas