Berita

Oktober bulan paling panas di Perancis sejak 1945: Meteo-France

- Diterbit 3 November 2022 5:00 AM MYT

OKTOBER tahun ini direkodkan sebagai bulan paling panas di Perancis sejak 1945, dengan suhu purata mencecah 17.2 darjah Celsius, menurut perkhidmatan meteorologi Perancis Meteo-France pada Rabu.

Purata suhu Oktober adalah kira-kira 3.5 darjah Celsius lebih tinggi daripada biasa di seluruh negara, lapor Xinhua memetik kenyataan Meteo-France.

Perkhidmatan meterologi memaklumkan bahawa suhu purata yang direkodkan di 30 stesen cuaca di seluruh Perancis kekal di atas paras normal sejak 2 Okt.

Cuaca panas yang tidak pernah berlaku sebelum ini disertai dengan kejadian ribut petir melanda sebahagian besar negara itu pada Okt 23, hingga menyebabkan kerosakan, terutamanya di utara Perancis. – BERNAMA

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas