Berita

Khidmat Azam Baki sebagai KP SPRM disambung setahun lagi

- Diterbit 10 Mei 2024 4:09 PM MYT

TEMPOH perkhidmatan Tan Sri Azam Baki sebagai Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah dilanjutkan setahun.

Perkara itu disahkan oleh Ketua Setiausaha Negara (KSN) Tan Sri Mohd Zuki Ali di dalam satu kenyataan.

“Adalah dimaklumkan bahawa selaras dengan subseksyen 5(1) dan (2) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 [Akta 694].

“Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, telah memperkenankan pelantikan semula Tan Sri Azam Baki sebagai Ketua SPRM,” katanya hari ini.

Menurut Mohd Zuki, tempoh lanjutan tersebut akan berkuat kuasa 12 Mei ini. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas