Berita

Nama Muhammad kedua paling popular di Belanda

- Diterbit 6 Januari 2023 9:05 AM MYT

MUHAMMAD menjadi nama kedua paling popular yang menjadi pilihan ibu bapa untuk bayi lelaki di Belanda pada 2022,  lapor Agensi Anadolu.

Menurut data terkini Dutch Social Insurance Bank (SVB) pada Khamis, Noah pula nama paling popular di negara ini dengan seramai 871 bayi manakala Emma pula menjadi pilihan untuk bayi perempuan seramai 677.

Menggabungkan pelbagai ejaan nama itu, Muhammad mendapat tempat kedua antara nama yang diberikan untuk bayi lelaki, seramai 671 orang. – BERNAMA

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas