Berita

MPP Batu prihatin kebajikan asnaf di bandar

SALAH seorang penerima sumbangan di Parlimen Batu.
- Diterbit 22 September 2020 3:45 AM MYT

MAJLIS Perwakilan Penduduk (MPP) Zon Batu sentiasa komited membantu warga memerlukan termasuk golongan asnaf di kawasan Parlimen tersebut dalam usahanya menyantuni golongan serba kekurangan.

Atas keprihatinan itu, ahli MPP Zon Batu telah tampil menyerahkan sumbangan kepada asnaf di sekitar Parlimen itu yang disampaikan Timbalan

Pengerusi MPP Sub Zon 4 (Batu Muda), Salbiah Abd Wahab yang menyantuni dan menyampaikan sumbangan kepada semua penerima.

Mengulas mengenainya, Salbiah berkata, usaha yang diambil melalui sumbangan disampaikan itu diharap dapat membantu mengurang kesempitan penerima sambil mengalukan orang ramai yang berkemampuan untuk turut sama menyumbang.

“Semoga para penerima sentiasa berusaha untuk memajukan diri demi masa hadapan yang lebih cerah buat keluarga mereka. Semua enam buah keluarga penerima sumbangan hari ini terdiri dari penduduk di sub zon Batu Muda, Sentul Tengah dan Bandar Baru Sentul.

“Tujuan pemberian sumbangan MPP Zon Batu adalah ringankan beban kos sara hidup khusus buat golongan miskin bandar. Sumbangan yang disampaikan ini berupa barang keperluan harian kepada setiap keluarga penerima,” katanya.

Yang turut hadir ahli jawatankuasa MPP di setiap sub zon tersebut, sebagai tanda solidariti serta keprihatinan pemimpin setempat membela nasib warga yang memerlukan. – Oleh Dhiya’ Muttmainnah

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas