Berita

Mohd Redzuan negatif COVID-19, tamat jalani HSO hari ini

SUBANG - July 23, 2019.
- Diterbit 15 Januari 2021 4:51 AM MYT

MENTERI di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas) Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof hari ini disahkan negatif COVID-19.

Menurut kenyataan Pejabat Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas), Mohd Redzuan menerima keputusan ujian saringan kali kedua beliau pagi tadi.

“Kementerian Kesihatan (KKM) telah menjalankan ujian saringan pengesanan COVID-19 bagi sampel kedua ke atas beliau semalam dan telah disahkan negatif hari ini.

“Kedua-dua ujian pengesanan COVID-19 beliau sepanjang tempoh kuarantin kendiri telah disahkan negatif dan tempoh Perintah Pengawasan dan Pemerhatian di Rumah (HSO) beliau tamat hari ini,” demikian menurut kenyataan itu. – BERNAMA

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas