Berita

Misi Afrika di Malaysia ucap tahniah kepada PM Anwar

- Diterbit 25 November 2022 5:30 AM MYT

MISI Afrika di Malaysia mengucapkan tahniah kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim atas pelantikan beliau sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-10 semalam, kata Duta Somalia ke Malaysia dan Dekan Ketua-ketua Perwakilan Afrika di Malaysia Abukar Abdi Osman.

Abukar dalam satu kenyataan kepada Bernama pada Jumaat, memberi jaminan komitmen misi Afrika di Malaysia untuk mengukuhkan kerjasama dua hala dengan Malaysia di bawah kepimpinan Anwar.

Abukar berkata mereka mengucapkan selamat maju jaya kepada Anwar dan rakyat Malaysia.

“Yang Berhormat, saya, sebagai Duta Somalia dan Dekan Ketua-ketua Perwakilan Afrika di Malaysia, mengucapkan setinggi-tinggi tahniah atas pelantikan anda sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-10”.

“Semoga Allah memberkati Kerajaan dan Rakyat Malaysia,” kata Abukar.

Pada masa ini terdapat 19 misi Afrika di Malaysia. – BERNAMA

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas