Biz

Miliki kilang emas sendiri, Makmur Gold buka peluang bantu rakyat

MAKMUR Gold mempunyai kilang emas sendiri di Gebeng, Pahang.
- Diterbit 25 Mac 2023 3:02 PM MYT

EMAS merupakan perniagaan sangat menarik dan menguntungkan. Untuk itu, Makmur Gold membuka peluang kepada orang ramai untuk berurus niaga emas memandangkan minat terhadap emas tidak pernah pudar biarpun harganya turun naik.

Apa yang menarik, kelebihan Makmur Gold yang mempunyai kilang pertukangan emas sendiri yang terletak di Gebeng, Kuantan menjadikan syarikat bawah Koperasi Makmur Malaysia Berhad (KoMakmur) ini boleh ‘berkarya’ dengan menawarkan pelbagai reka bentuk perniagaan emas kepada masyarakat.

Situasi ini berbeza dengan kedai emas lain yang tidak mempunyai kilang sendiri sekali gus menyebabkan mereka meletakkan harga emas agak tinggi berbanding Makmur Gold.

Apa yang lebih meyakinkan pelabur dan orang ramai apabila kilang pertukangan emas ini mempunyai tukang emas yang pakar dan berpengalaman dalam mengendalikan emas. Secara tidak langsung, pembuatan emas dapat diproses dengan lebih cepat, penghasilan emas yang bermutu dan dapat menawarkan harga emas dengan lebih murah.

Hanya dengan RM1,000, sesiapa sahaja boleh menjadi ahli Ko-Makmur dan layak untuk berurus niaga emas bersama Makmur Gold.

MISI Makmur Gold bukan hanya keuntungan semata-mata tetapi turut memberi peluang kepada masyarakat untuk menjana pendapatan iaitu urus niaga emas bersama Makmur Gold.
JOM ke cawangan Kedai Emas Makmur Gold Presint 15, Putrajaya.

Ketua Pegawai Eksekutif Makmur Gold, Mohd Faizuddin Che Mahmood berkata dengan kelebihan yang ada, pihaknya menawarkan peluang keemasan ini kepada masyarakat untuk turut serta berurus niaga.

“Dengan adanya kilang emas sendiri, ini memberi kelebihan kepada Makmur Gold untuk mempelbagaikan bentuk perniagaan yang dijalankan. Banyak bisnes berkaitan emas yang kami boleh tawarkan.

“Dalam masa yang sama, misi kami bukan hanya keuntungan semata-mata tetapi turut memberi peluang kepada masyarakat untuk menjana pendapatan iaitu urus niaga emas bersama Makmur Gold.

“Itulah antara usaha yang menunjukkan keprihatinan kami memandangkan situasi ekonomi sekarang yang agak membebankan rakyat,” katanya.

KETUA Pegawai Eksekutif Makmur Gold, Mohd Faizuddin Che Mahmood.

Antara peluang yang ditawarkan, Makmur Gold bersedia membeli emas terpakai atau emas scrap dengan harga tertinggi dalam pasaran.

“Jika ada siapa-siapa yang ingin menjual emas terpakai, kami akan beli emas itu pada harga tertinggi mengikut kadar semasa dalam pasaran. Walaupun ia emas terpakai, kami tidak beli dengan harga rendah.

“Kebiasaannya mereka yang menjual emas ini mahu guna duit, jadi kami beri nilai tunai pada harga tertinggi.

“Kami menerima semua jenis emas terpakai termasuklah suasa. Emas terpakai ini kami akan lebur dan menghasilkan emas rekaan baharu untuk dijual,” ujarnya yang berharap masyarakat memanfaatkan peluang ini untuk masa depan yang lebih cerah.

 

Tukar emas terpakai

BUKAN hanya menjual emas terpakai, orang ramai juga boleh tukar ke emas baharu di Makmur Gold.

Faizuddin juga melihat cara ini boleh membantu masyarakat yang mahukan wang tunai.

“Tidak dinafikan ada juga yang mahu tukar emas yang mereka ada. “Misalnya, mereka yang ada gelang emas 10 gram tetapi mahu dapatkan yang 15 gram atau lebih berat, boleh tukar dengan kami dan tambah duit setelah tolak gelang asal.

“Namun jika mereka ada gelang emas 10 gram tetapi mahukan emas lima gram, di situ berlakunya lebihan duit. Jadi, kami akan kembalikan semula bakinya dalam bentuk tunai. Duit itu boleh digunakan untuk perbelanjaan harian,” jelasnya.

Selain itu, Makmur Gold juga turut menjual emas terpakai yang sememangnya menepati cita rasa pelanggan.

“Misalnya, ada orang beli emas lima bulan lepas, kemudian ingin menjualnya kerana mahu pakai duit. Dalam masa yang sama emas itu masih dalam keadaan elok.

“Kami akan beli dengan harga tertinggi dan menghantar cuci terlebih dahulu di kilang. Kemudian kami akan jual balik. Itulah dinamakan emas terpakai.

“Senang cerita seperti orang jual baju bundle. Semuanya masih elok dan telah dibersihkan sebelum dijual semula,” ujarnya.

https://instagram.com/makmurgoldofficial?igshid=YmMyMTA2M2Y=

Patuh syariah, emas murah, percuma upah

KELEBIHAN mempunyai kilang emas sendiri membolehkan Makmur Gold memenuhi kriteria slogan emas murah, percuma upah dan patuh syariah.

Bukan itu sahaja, Makmur Gold kini mempunyai 12 cawangan di seluruh Malaysia dan menyasarkan 30 cawangan dalam masa lima tahun.

PELAKON baharu Dira Diandra kini muncul wajah Makmur Gold.

Faizuddin berkata ketiga-tiga slogan ini menjadikan Makmur Gold sentiasa menjadi pilihan nombor satu masyarakat.

“Emas murah itu merujuk kepada harga emas yang kami tawarkan adalah lebih murah berbanding kedai emas lain. Jika dilihat, tawaran sebegini tiada di tempat lain.

“Begitu juga dengan upah percuma yang kami tawarkan. Kami buat emas menggunakan kilang emas sendiri dan bukannya ‘mengimport’ emas dari kilang lain. Semuanya kami lakukan sendiri. Jadi tidak timbul soal percuma upah.

“Berkenaan patuh syariah, Makmur Gold menerima sijil berkenaan daripada Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA). Ini bermakna Makmur Gold telah diiktiraf sebagai syarikat yang menjalankan perniagaan emas secara patuh syariah,” tambahnya lagi.

Orang ramai digalakkan berkunjung ke kedai emas Makmur Gold di Presint 15, Putrajaya. Sebarang maklumat lanjut boleh hubungi di talian 09-513 0640 atau layari Instagram @ makmurgoldoffocial – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas