Biz

Wow! Makmur Gold tawar Cincin Rahmah sempena Aidilfitri

||||
- Diterbit 25 Mac 2023 3:20 PM MYT

DEMI memastikan semua lapisan masyarakat yang kurang berkemampuan memiliki barang kemas pada hari raya ini, Makmur Gold bersedia memenuhi impian mereka menerusi pakej Cincin Rahmah.

Cincin Rahmah mampu milik ini bermula dengan harga serendah RM 499 dan akan mula dijual pada bulan Ramadan.

KETUA Pegawai Eksekutif Makmur Gold, Mohd Faizuddin Che Mahmood

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Makmur Gold, Mohd Faizuddin Che Mahmood, pakej Cincin Rahmah ini ditawarkan kepada sesiapa sahaja sempena hari raya yang bakal menjelma tidak lama lagi.

“Saya mula memperkenalkan pakej Cincin Rahmah bersesuaian dengan situasi sekarang. Dalam keadaan ekonomi yang kurang memberangsangkan, ada sesetengah masyarakat tidak mampu membeli emas untuk digayakan pada hari raya nanti.

“Tidak mahu menghampakan pelanggan, Makmur Gold mengambil inisiatif ini agar mereka boleh menggayakan Cincin Rahmah yang lebih mampu milik berbanding kedai emas yang lain,” katanya.

JOM ke cawangan Kedai Emas Makmur Gold Presint 15, Putrajaya yang baru dibuka.

Dalam masa yang sama, Faizuddin memberitahu cincin Rahmah tetap berkualiti dan mempunyai rekaan yang cantik.

“Mungkin akan ada yang menganggap Cincin Rahmah ini tidak setaraf cincin yang lebih mahal. Namun anggapan itu silap kerana Cincin Rahmah sememangnya berkualiti dan rekaannya menepati cita rasa ramai.

“Pelbagai rekaan dan bentuk yang kami sediakan seiring dengan trend masa kini yang mana rekaan Cincin Rahmah ini adalah trendy,” katanya.

 

Emas sebagai pelaburan

Tidak dinafikan belian emas mempunyai banyak faedah antaranya adalah sebagai pelaburan untuk jangka masa yang panjang.

“Pelaburan itu datang melalui pelbagai cara. Salah satu alat pelaburan yang popular adalah emas. Ini kerana emas mempunyai nilai dalam jangka masa panjang dan akan sentiasa meningkat.

“Nilai emas 10 tahun lepas berbeza dengan sekarang. Banyak peningkatan pada nilai emas itu sendiri. Sebagai contoh 10 tahun lepas, pada tahun 2013,nilai emas adalah RM166 satu gram manakala hari ini ia boleh mencecah RM 300 satu gram.

“Apabila dalam keadaan memerlukan atau kecemasan, ia boleh digunakan kerana harga emas sentiasa naik. Misalnya untuk yuran anak sambung belajar di universiti atau kolej,” ujarnya.

Dalam masa yang sama, emas juga boleh dijadikan sebagai alat pelaburan jangka masa singkat.

“Contohnya adalah melalui urusniaga jual beli emas, yang mana emas dibeli daripada pengeluar (kilang) dan dijual kepada pengguna akhir. Inilah urusniaga yang dijalankan oleh kedai-kedai emas. Di Makmur Gold, kami ada menyediakan platform kepada orang ramai untuk bergelar usahawan emas,” ujarnya.

PELAKON baharu Dira Diandra kini wajah Makmur Gold.

Masyarakat dari pelbagai lapisan umur digalakkan membabitkan diri dalam perniagaan emas kerana ia tidak merugikan.

“Di Makmur Gold kami mempunyai platform Usahawan Emas Makmur Gold di mana anda boleh menganggotai Koperasi Makmur Malaysia Berhad dan terus melayakan anda menjadi Usahawan Emas.

“Menerusi platform ini, usahawan akan mendapat komisen diskaun RM10 untuk satu gram emas dan boleh mendaftarkan seramai mungkin pelanggan di bawah jagaannya,” jelasnya.

Tambahnya, menjadi Usahawan Emas Makmur Gold memberi banyak kelebihan dan antara syaratnya adalah seseorang itu perlu menjadi anggota Koperasi Makmur Malaysia Berhad dengan modal serendah RM1,000 sahaja.

“Apabila menjadi anggota koperasi, anda akan mendapat emas dengan harga yang murah. Anda bukan sahaja menjadi usahawan, malah turut layak menerima dividen. Sebelum ini kami berikan dividen sebanyak lapan peratus sehingga 18 peratus,” jelasnya yang lebih istimewa keahlian sebagai usahawan emas tiada had umur dan akan terus menerima dividen sama ada masih aktif atau tidak.

 

Patuh syariah, emas murah, free upah

Kelebihan mempunyai kilang emas sendiri membolehkan Makmur Gold memenuhi kriteria slogan emas murah, free upah dan patuh syariah.

Bukan itu sahaja, Makmur Gold kini mempunyai 12 cawangan di seluruh Malaysia dan mensasarkan 30 cawangan dalam masa lima tahun.

MAKMUR Gold mempunyai kilang emas sendiri di Gebeng, Pahang.

Faizuddin berkata, ketiga-tiga slogan ini menjadikan Makmur Gold sentiasa menjadi pilihan nombor satu masyarakat.

“Emas murah itu merujuk kepada harga emas yang kami tawarkan adalah lebih murah berbanding kedai emas lain. Jika dilihat, tawarkan sebegini tiada di tempat lain.

“Begitu juga dengan free upah yang kami tawarkan. Kami buat emas menggunakan kilang emas sendiri dan bukannya ‘mengimport’ emas dari kilang lain. Semuanya kami lakukan sendiri. Jadi tidak timbul soal free upah.

“Berkenaan patuh syariah, Makmur Gold menerima sijil Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA). Ini bermakna Makmur Gold telah diiktiraf sebagai syarikat yang menjalankan perniagaan emas secara patuh syariah,” tambahnya lagi.

Orang ramai digalakkan berkunjung ke kedai emas Makmur Gold di Presint 15, Putrajaya. Sebarang maklumat lanjut boleh hubungi di talian 09-513 0640 atau layari Instagram @makmurgoldoffocial dan laman sesawang www.makmurgold.my – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas