Selebriti

Rosyam Kambing Perap sedap sampai termimpi-mimpi

|||
- Diterbit 25 Mac 2023 4:16 AM MYT

MELIHAT ramai dalam masyarakat kita menggemari daging kambing, pelakon yang juga ahli perniagaan, Datuk Rosyam Nor kini muncul dengan produk terbarunya Rosyam Kambing Perap.

Dengan slogan ‘sedap sampai termimpi-mimpi’, Rosyam Kambing Perap diperap dengan dua bahan istimewa iaitu sos Korea Hot & Spicy dan sos BBQ.

Tambah pula bulan Ramadan, kalau tidak sempat makan Kambing golek di mana-mana majlis iftar, Rosyam Kambing Perap boleh jadi pengganti.

Menurut Rosyam yang juga pengasas produk terbaru keluarannya itu, kambing perap dengan sos pedas Korea adalah yang pertama di Malaysia dan beliau yakin ia bakal mendapat sambutan baik daripada pelanggan.

“Bukan sahaja Kpop menjadi fenomena di Malaysia, malah apa saja produk keluaran negara itu menjadi kegilaan ramai, jadi kami inspirasikan sos pedas Korea yang digemari ini bersama Rosyam Kambing Perap.

“Pelancaran kambing perap ini juga tepat pada masanya ketika umat Islam bakal menyambut Ramadan hanya berapa hari sahaja lagi. Justeru, kambing perap boleh menjadi antara juadah berbuka puasa buat seisi keluarga dan rasanya yang pedas pasti membuka selera,” katanya.

Ujar Rosyam lagi, kambing perap itu menggunakan bahan bermutu tinggi dan premium.

Kambing perap itu dijual pada harga RM43.90. Khusus untuk Ramadan ini ia dijual pada harga promosi RM39.90 sahaja, dari 1 Mac hingga 9 April. Orang ramai boleh membelinya dari stokis dan ejen yang terdapat di Selayang, Klang, Puchong, Petaling Jaya, Melaka, Pasir Gudang (Johor) dan Gelang Patah (Johor).

Mereka juga boleh membelinya di semua outlet ST ROSYAM MART dan SRI TERNAK. Sebungkus seberat 600gm dan terdapat tiga keping kambing perap. Rosyam Kambing Perap dikilangkan oleh Delicious western Sdn Bhd dengan sijil HALAL GMP HACCP MESTI. Diedarkan oleh Deliwest Marketing Sdn Bhd.

Jangan tidak tahu, Rosyam Kambing Perap juga lengkap dengan sijil pengesahan halal, GMP, HACCp dan MESTI.
Diedarkan oleh Deliwest Marketing Sdn Bhd. Jadi, anda tidak perlu bimbang tentang kualiti dan penyediaan produk. Delicious Western Sdn Bhd telah berada di pasaran sejak bertahun lamanya.

@rosyamkambingperap

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas