Berita

MetMalaysia ramal suhu lebih 35 darjah Celsius di Semenanjung, Sabah

KREDIT foto: BERNAMA.
- Diterbit 12 Mac 2024 2:30 PM MYT

CUACA kering dan panas dengan suhu melebihi 35 darjah Celsius diramalkan di kebanyakan tempat di Semenanjung dan Sabah sepanjang tempoh tujuh hari ke hadapan.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi hantaran di Facebook hari ini memaklumkan di Sarawak, ribut petir berserta hujan lebat dan angin kencang dijangka berlaku pada sebelah petang dan boleh berlarutan hingga pagi.

Menurut MetMalaysia ramalan itu berdasarkan analisis model cuaca dengan penumpuan angin dijangka berlaku di Sarawak hingga 15 Mac ini.

Jabatan itu menasihatkan orang awam untuk sentiasa merujuk laman web www.met.gov.my dan media sosial rasmi MetMalaysia serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi mendapatkan maklumat terkini dan sahih. – BERNAMA

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas