Berita

Majlis perasmian Para Sukma 2022 berlangsung meriah

PENAUNG Majlis Paralimpik Malaysia, Tun Jeanne Abdullah (tiga kiri) menyempurnakan Majlis Perasmian Pembukaan Para SUKMA XX MSN 2022 di Axiata Arena, Bukit Jalil, Selasa lalu. Turut sama Ahmad Faizal Azumu (kiri) dan Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ti Lian Ker (tiga kanan).
- Diterbit 4 November 2022 9:00 AM MYT

MERIAH. Temasya Para Sukan Malaysia (Para Sukma) 2022 membuka tirai dengan majlis perasmian dihadiri lebih 1,100 atlet dan pegawai di Arena Axiata, Bukit Jalil, Selasa lalu.

Majlis dimulakan dengan perarakan masuk kesemua 15 kontinjen bertanding termasuk Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Wilayah Persekutuan Labuan, sebelum diteruskan dengan ucapan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.

Majlis kemudian diteruskan dengan gimik pelancaran yang disempurnakan oleh penaung Majlis Paralimpik Malaysia (MPM), Tun Jeanne Abdullah.

Persembahan nyanyian kumpulan orang kelainan upaya (OKU) penglihatan dan pendengaran selepas itu menggamatkan suasana, diikuti penampilan ratu rock negara Ella yang mengalunkan lagu popularnya ‘Standing In the Eyes Of The World’.

Sebanyak 294 acara daripada 10 jenis sukan iaitu boccia, renang, badminton, catur, boling padang, memanah, olahraga, ping pong, powerlifting dan tenpin boling dipertandingkan pada Para Sukma 2022 kali ini. -WILAYAHKU 

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas