Berita

LIMA SNEK MUDAH, SIHAT DAN MENGENYANGKAN

|||||
- Diterbit 19 Jun 2021 1:45 AM MYT

SEMEMANGNYA terdapat pelbagai pilihan snek dan makanan ringan di pasaran.

Bagaimanapun, tidak semuanya menyihatkan kerana kebanyakannya mengandungi gula, bahan pengawet dan pewarna yang tidak bagus untuk tubuh badan.

Daripada membazir duit, apa kata anda cuba sendiri 5 resipi snek seperti yang dikongsi akhbar Wilayahku edisi kali ini di rumah.

Ianya bukan sahaja untuk sarapan, snek ini juga boleh dimakan pada bila-bila masa.

Bahan-bahannya juga mudah. Malah anda juga boleh mengolahnya mengikut cita rasa sendiri.

EGG MUFFIN BERINTI DAGING

BAHAN-BAHAN

Telur

Lada benggala

Daging kisar

Serbuk kari

Garam

Cheese

Daun bawang

CARA PENYEDIAAN

  1. Tumiskan daging kisar. Bila dah garing, masukkan serbuk kari dan daun bawang.
  2. Sediakan loyang untuk letak kesemua bahan. Sapukan dengan minyak masak di sekelilingnya.
  3. Masukkan lada benggala, daging kisar yang dah siap dimasak dan cheese.
  4. Selepas itu, pecahkan telur dalam mangkuk dan tuangkan telur hingga hampir penuh loyang.
  5. Akhir sekali, taburkan daun bawang di atasnya.
  6. Bakar pada suhu 180°C dalam 20-24 minit.

BAKED CARROT CHIPS

BAHAN-BAHAN

Carrot

Olive Oil

Garam (Sedikit sahaja)

CARA PENYEDIAAN

  1. Basuh bersih carrot.
  2. Peel carrot dengan agak tebal. (Elakkan dari terputus-putus)
  3. Setelah siap peel, gaul sama garam dan renjis sikit dengan olive oil.
  4. Bakar pada suhu tinggi 250°C selama 20 minit.

CRISPY CHICKEN FINGER

BAHAN-BAHAN

2 ulas bawang putih

2 biji telur

5-6 keping biskut cream cracker, dihancurkan

12 biji serbuk lada hitam/lada putih

Garam secukup rasa

Isi ayam tanpa tulang

CARA PENYEDIAAN

  1. Masukkan lada hitam, bawang putih dan isi ayam ke dalam pengisar. Kisar sehingga lumat.
  2. Masukkan ke dalam sebuah bekas plastik. Kukus sehingga kenyal.
  3. Apabila adunan kelihatan sedikit kenyal dan hampir masak, sejukkan dan potong mengikut bentuk jejari kesukaan anda. Kemudian, celupkan ke dalam telur.
  4. Seterusnya, gelekkan jejari tadi di atas serbuk biskut yang sudah dihancurkan.
  5. Panaskan kuali dan goreng untuk beberapa minit.
  6. Sedia untuk dihidang bersama sos kegemaran anda.

GRANOLA

BAHAN-BAHAN

4 cup rolled oat

1/2 cup madu

1/2 cup Olive Oil

Kekacang (Almond, Walnut, Sunflower seed, Pumpkin seeds)

Secubit dua cinnamon

Dried cranberries

CARA PENYEDIAAN

  1. Gaul semua bahan kecuali cranberries sehingga sebati.
  2. Ratakan bahan atas baking pan yang dialas dengan baking sheet.
  3. Bakar selama 30 min dengan suhu 170°C. Flip setiap 8 minit supaya ia masak sekata.
  4. Setelah keperangan boleh tutup api.
  5. Apabila sejuk crumple bahan dan campurkan dengan cranberries. Kemudian simpan dalam bekas Tupperware yang bertutup.
  6. Boleh makan campur dengan susu sebagai healthy snack/breakfast.

CHEESY BALL

BAHAN-BAHAN

5 biji ubi kentang

1 blok keju mozzarella dipotong kiub

1 cawan tepung gandum

½ cawan minyak masak

3 biji telur dipukul

Serbuk roti

CARA PENYEDIAAN

  1. Kupas ubi kentang dan rebus. Setelah empuk, lenyekkan sehingga hancur. Letak sedikit garam jika perlu.
  2. Kemudian masukkan minyak dan tepung gandum. Uli.
  3. Cubit adunan tepung tadi dan leperkan. Kemudian isikan dengan keju. Bulatkan adunan.
  4. Celup bebola ke dalam bancuhan telur.
  5. Kemudian golekkan di dalam bekas berisi serbuk roti hingga rata.
  6. Celup sekali lagi dalam adunan telur.
  7. Salutkan sekali lagi dalam serbuk roti.
  8. Panaskan minyak dan goreng bebola keju menggunakan api sederhana sehingga kekuningan.
  9. Sedia untuk dinikmati.

– WILAYAHKU – SABRINA SABRE

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas