Berita

Laluan kontra antara Tol Sg Besi – UPM diaktifkan setiap malam – 2 Feb

- Diterbit 26 Januari 2021 6:04 AM MYT

LALUAN kontra diaktifkan di Kilometer (Km) 307 hingga Km309 di antara Plaza Tol Sungai Besi dan Persimpangan UPM di Lebuhraya Utara-Selatan, mulai semalam sehingga 2 Feb.

PLUS Malaysia Berhad (PLUS) dalam kenyataan hari ini, memaklumkan laluan itu diaktifkan pada 10 malam sehingga 5 pagi, manakala penutupan jalan akan dilaksana secara berperingkat dengan hanya satu penutupan akan dilakukan pada satu-satu masa.

“Laluan itu diaktifkan bagi membolehkan kerja-kerja pelancaran jejambat pejalan kaki dan kerja berkaitan dilaksanakan kontraktor Projek MRT yang dilantik,” menurut kenyataan itu.

Pengguna lebuh raya yang menghala ke Seremban atau Kuala Lumpur dinasihatkan supaya merancang perjalanan mereka dengan menggunakan Aplikasi PLUS untuk mendapatkan maklumat trafik terkini. – BERNAMA

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas