Berita

Komposer A ALI Meninggal Dunia Dalam Tidur

- Diterbit 21 November 2020 5:23 AM MYT

KOMPOSER terkenal, A Ali  atau nama sebenarnya Hamdan Atan,71, disahkan meninggal dunia dalam tidur di kediamannya di Semenyih. 

A Ali yang juga seorang penyanyi dan pemain gitar kumpulan Kembara bersama Datuk M.Nasir dan S Sahkan, dikatakan pergi tanpa disangka-sangka kerana tidak pernah menghidap penyakit kronik.

Allahyarham A Ali meninggalkan seorang balu, sembilan anak serta 10 cucu. 

A Ali juga telah mencipta banyak lagu yang dinyanyikan penyanyi-penyanyi terkenal seperti Zaiton Sameon iaitu lagu Menaruh Harapan, Rohana Jalil (Rayuanku & Resahku), Francisca Peter (Diriku Terbelenggu) dan banyak lagi.

Semoga Allahyarham ditempatkan dalam golongan orang beriman. Al Fatihah – WILAYAHKU

Foto: Ihsan Norhuda A Ali

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas