Berita

Kompleks Anjung Husnul Khatimah perlukan dana RM20 juta

Azadan antara orang kuat dalam memastikan pembinaan Kompleks Anjing Husnul Khatimah berjalan lancar.
- Diterbit 12 September 2021 3:44 AM MYT

YAYASAN Kebajikan Sabha dijangka membina Kompleks Anjung Husnul Khatimah di Bukit Cerakah, Shah Alam, Selangor yang bernilai RM20 juta.

Pengasasnya Datuk Dr Hasan Mohamed Ali berkata, kompleks yang telah sempurna diwakafkan kini dipegang amanah oleh Malis Agama Islam Selangor (MAIS) dijangka siap pada tahun 2023.

Menurut Hasan, sejumlah RM1.5 juta telah berjaya dikumpulkan, sejak dilancarkan Tabung Dana Pembinaan Kompleks itu hampir dua tahun yang lalu.

Dalam masa yang sama, beliau berharap lebih banyak syarikat, pertubuhan atau individu dapat menyumbangkan dana agar sasaran RM20 juta dapat dicapai bagi membina kompleks tersebut.

“Sementara itu, kerja-kerja teknikal untuk mendapatkan Kebenaran Merancang (KM) sedang berada di peringkat akhir. Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) telah menyebabkan kelewatan memperoleh KM menghampiri tempoh enam bulan.

“Usaha sedang giat dibuat untuk memperoleh dana yang diperlukan. Sehingga hari ini, sambutan diberi adalah mengalakkan dalam mana setiap hari sumbangan diterima melalui akaun Yayasan Sabha yang majoriti bentuk sumbangannya dalam bentuk runcitan,” katanya dalam sidang media secara virtual baru-baru ini.

Menurut beliau, pengendalian program pentarbiyahan bakal dimulakan apabila kompleks dijangka siap pada pertengahan tahun 2023 yang dikendalikan mengikut lunas profesionalisme dan moden di samping memberi penekanan kepada aspek kualiti dan produktiviti.

“Piawaian khidmat tiga bintang akan dijadikan penanda aras kepada kualiti khidmat yang bakal diberikan. Prinsip mengutamakan golongan fakir miskin dan mereka yang tidak berupaya masih diteruskan di Kompleks yang bakal didirikan.

“Gologan fakir miskin, anak yatim serta ibu tunggal dikecualikan daripada membayar yuran pendaftaran. Pihak Yayasan akan mengusahakan supaya penyertaan mereka dibuat atas dasar tajaan.

“Peserta-peserta lain disyorkan membuat sumbangan untuk membiayai penyertaan mereka selama tiga hari dua malam bagi setiap modul yang disertai. Sumbangan mereka sebaik-baiknya eloklah bersesuaian dengan mutu perkhidmatan bertaraf tiga bintang yang diberi selama mereka menyertai program pentarbiyahan tersebut,” katanya.

DATUK Dr. Hasan berharap lebih ramai tampil memberikan sumbangan bagi membina Kompleks Anjing Husnul Khatimah.

Hasan memberitahu, Kompleks Anjung Husnul Khatimah ini menawarkan dua jenis program pentarbiyahan.

Pertama adalah program yan mengandungi lima modul yang setiap satunya berdurasi tiga hari dua malam dengan isi kandungan pengisian saling berkaitan antara satu modul dengan modul yang lainnya.

Kedua jelas beliau, empat modul setiap satunya juga tiga hari dua malam ditawarkan kepada anak-anak berumur 15 tahun keatas dengan pengisian menjurus kepada pembentukan anak-anak soleh dan solehah yang dapat berkhidmat kepada ibu bapa hingga akhir hayat dengan penuh keikhlasan dan kejujuran.

Hasan menambah, kompleks yang merupakan satu-satunya di dunia, di Asia dan di Malaysia ini dijangka akan menjadi mercu tanda syiar Islam yang bakal dikunjungi oleh pelawat-pelawat dan pelancong-pelancong dari dalam dan luar negara.

Jelas beliau, antara kemudahan yang disediakan adalah Pusat Islam, 125 bilik penginapan berhawa dingin, auditorium berkapasiti 350 orang, 10 bilik kuliah (berhawa dingin), dewan makan dan blok pentadbiran.

Turut disedikan bilik rawatan, dua unit gimnasium lelaki dan wanita, lapan kuaters untuk staf, tandas awam dan empat letak kereta yang mencukupi.

 

Kerjasama dengan Azadan Rabbani

Berpengalaman dalam bidang pengurusan acara dan komunikasi korporat bersama Rabbani Productions M Sdn. Bhd. seawal 1997, usahawan dan duta banyak produk Azadan Rabbani diberi kepercayaan untuk melaksanakan gerak kerja promosi dan pemasaran untuk Kompleks Anjung Husnul Khatimah.

Selain menyediakan kemudahan untuk orang ramai menginfaq dan memberi sumbangan untuk dana Pembinaan Anjung Husnul Khatimah, Azadan juga telah menyusun beberapa aktiviti bersama Datuk Dr. Hasan Hj Mohamed Ali sepanjang tahun 2021 / 2022 ini.

ANGGOTA Rabbani, Azadan antara orang kuat dalam memastikan pembinaan Kompleks Anjing Husnul Khatimah berjalan lancar.

Antaranya adalah menjayakan program motivasi, kaunseling, perkemahan ibadah, majlis ilmu dan sambutan bulan Islam yang membawa kepada promosi dan pemasaran Kompleks Anjung Husnul Khatimah.

“Kami akan merancang pelbagai akitiviti dan program yang melibatkan rakan – rakan asatizah dan juga selebriti yang bersesuaian dengan konsep Anjung Husnul Khatimah.

“Semoga dengan ini dapat mempercepat dan memudahkan lagi proses pembinaan Kompleks Anjung Husnul Khatimah serta dapat memberi manfaatnya kepada kita semua.

“Akhir sekali, jutaan terima kasih kepada rakan media, orang perseorangan, sahabat – sahabat seperjuangan, rakan korporat, badan bukan kerajaan dan semua penyumbang semoga kita semua akan kembali dalam keadaan Husnul Khatimah,” jelasnya.

Sementara itu, mereka yang ingin memberi sumbangan bagi menampung kos pengurusan, makan minum, penyelenggaraan dan sebagainya, boleh menghubungi YSK di talian 03-7732 1669 atau +6019-213 0147 atau layari laman web www.anjunghusnulkhatimah.com. – WILAYAHKU

 

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas