Berita

KK Super Mart buka cawangan ke-500

- Diterbit 21 Disember 2020 4:38 AM MYT

KK Super Mart, syarikat peruncitan 24 jam yang ternama di lembah Klang membuka cawangan ke-500 di Bentong, Pahang pada 12 Disember lalu.

Pengasas KK Supermart dan Superstore Sdn Bhd, Datuk Seri Dr KK Chai berkata, mereka telah membuktikan segalanya tidak mustahil.

“Impian menjadi kenyataan mempunyai 500 outlet pada tahun 2020.

“Terbukti perancangan yang teliti dan mempunyai barisan pekerja yang berdedikasi penyumbang kepada kejayaan ini.

“Walaupun kita kini terbatas pergerakan dalam melakukan rutin biasa dalam perniagaan namum kami tekad ia bukan penghalang untuk raikan kejayaan kami, kami raikan secara sederhana dan prosedur operasi standard (SOP) masih kami patuhi,” kata KK Chai.

Pembukaan cawangan ke-500 ini dapat disaksikan kelainan yang diadakan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) berobjektifkan kebajikan kepada masyarakat dan komuniti setempat.

Beberapa produk terpilih diberi potongan harga sebanyak 60 ke 80 peratus seperti pelitup muka, gula pasir, minuman, mee segera, aiskrim dan biskut berjenama.

KK Super Mart turut membuat sumbangan sejumlah 70 ribu keping pelitup muka kepada lima sekolah yang diadakan di Pejabat Pendidikan Bentong.

Penyerahan tersebut diserahkan sendiri oleh KK Chai kepada Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Bentong, Tuan Saiful Baheran Abdul Manaf bersama wakil sekolah terpilih.

KK Super Mart kini turut dikenali di beberapa kementerian seperti Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP) dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan agensi kerajaan lain seperti Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI). – AFIFAH AFIZAL – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas