Berita

Kes khalwat: ‘Saya harap Bella dan Aliff tidak akan berpisah’ – Ruhainies

- Diterbit 15 Mac 2024 8:00 AM MYT

SETELAH beberapa hari berdiam diri mengenali isu ditangkap kerana dipercayai berkhalwat di sebuah kondo mewah di ibu kota, Ruhainies  mengakui kekhilafan dan memohon maaf atas insiden yang berlaku.

Ruhainies, 31, dalam satu kenyataan berkata, dia berharap Bella dan Aliff dan sayangkan persahabatan mereka.

“Saya ingin memohon maaf atas kelewatan mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung kes melibatkan saya yang tular baru-baru ini.

“Saya sayangkan persahabatan saya dengan Bella dan saya berharap agar dia dan  Aliff tidak akan berpisah. Saya juga bersedia untuk berbincang dengan Bella apabila dia sudah bersedia,” katanya.

Dalam masa yang sama Ruhainies berharap tidak ada pihak yang membuat provokasi dan tidak memaksa untuk orang ramai mempercayainya.

“Saya berharap, kenyataan saya ini tidak akan dijadikan bahan provokasi kerana saya tidak ada niat ke arah itu, sebaliknya bersedia menjernihkan keadaan antara kami bertiga.

“Mungkin ada pihak yang akan memilih untuk tidak percaya kepada kenyataan saya. Namun, saya tak boleh memaksa sesiapa untuk percaya.

“Saya cuma ingin menjelaskan situasi yang berlaku dan kenyataan rasmi dari pihak saya,” jelasnya.

Tambah Ruhainies, dia juga berterima kasih kepada pihak Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) yang menjalankan siasatan dengan telus sekaligus mengesahkan tiada istilah tangkapan basah dibuat.

“Siasatan telah dijalankan oleh pihak Jawi dan saya berikan kepercayaan penuh terhadap mereka.

“Saya juga ingin berterima kasih kepada pihak Jawi di atas kerjasama, penjagaan penuh yang diberikan kepada saya semasa kejadian tersebut berlaku, dan siasatan telus yang telah dibuat oleh pihak Jawi.

“Namun, yang paling penting di sini adalah bahawa pihak Jawi mengesahkan bahawa tidak wujud sebarang ‘tangkap basah’ terhadap saya dan Aliff.

“Saya menyarankan rakan-rakan media dan komen-komen di luar sana untuk berhati-hati menggunakan terma ‘tangkapan basah’,” katanya.

Terdahulu, media melaporkan penahanan pasangan pelakon selepas didakwa berkhalwat di sebuah kondominium mewah, di ibu negara pada Jumaat minggu lalu. – WILAYAHKU

 

 

 

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas