Berita

Keputusan STAM 2020 diumum khamis ini – KPM

CALON sekolah dan persendirian boleh menyemak keputusan STAM melalui kaedah secara dalam talian atau menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) bermula jam 10 pagi.
- Diterbit 14 Jun 2021 11:25 AM MYT

KEPUTUSAN Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) 2020 akan diumumkan pada Khamis ini, 17 Jun mulai 10 pagi.

Kementerian Pendidikan (KPM) dalam kenyataan hari ini memaklumkan, calon sekolah dan calon persendirian boleh membuat semakan keputusan melalui dua kaedah iaitu secara dalam talian atau menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS).

“Semakan secara dalam talian boleh dilakukan melalui pautan myresult1.moe.gov.my atau myresult2.moe.gov.my untuk mendapatkan keputusan penuh,” menurut kenyataan itu.

Semakan menerusi SMS pula boleh dilakukan dengan menaip STAMNoKadPengenalanAngkaGiliran dan hantar kepada 68886 bagi mendapatkan ringkasan keputusan peperiksaan itu.

Menurut kenyataan itu, perkhidmatan tersebut akan diaktifkan mulai 10 pagi 17 Jun dan akan ditamatkan pada 6 petang 23 Jun.

Selain itu, bagi calon sekolah mahupun persendirian yang tidak mempunyai capaian Internet, pihak sekolah atau pihak Jabatan Pendidikan Negeri/Pejabat Pendidikan Daerah akan mengenal pasti calon yang terlibat sebelum dimaklumkan kaedah yang sesuai untuk mendapatkan keputusan peperiksaan itu. – BERNAMA

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas