Berita

Kanak-kanak perempuan maut jatuh dari tingkat 10

- Diterbit 4 Julai 2023 8:09 AM MYT

SEORANG kanak-kanak perempuan berumur 12 tahun maut selepas terjatuh dari tingkat 10 di sebuah pangsapuri di Ganggarak Permai, awal pagi hari ini.

Ketua Polis Labuan, Superintendan Ahmad Jawila berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai mayat seorang kanak-kanak perempuan berada di tingkat 1 pada jam 5.28 awal pagi tadi.

“Siasatan awal mendapati kanak-kanak warga tempatan itu, tinggal di tingkat 10 bangunan berkenaan dipercayai telah terjatuh dari bahagian tepi bangunan berpagar berdekatan dengan lif apartment tersebut.

“Pegawai Perubatan telah hadir di lokasi pada kira-kira 7.42 pagi dan mengesahkan mangsa telah meninggal dunia,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Ahmad berkata siasatan awal mendapati tidak menemui sebarang unsur jenayah dan kes diklasifikasikan sebagai Mati Mengejut (SDR).

“Mangsa telah dibawa ke Hospital Labuan dan di diserahkan ke Unit Forensik untuk proses bedah siasat.

“Pihak polis memohon orang ramai yang melihat kejadian ini untuk tampil memberi maklumat di mana-mana balai polis berdekatan atau berhubung dengan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Labuan di talian 087-412222,” katanya. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas