Selebriti

Kamal Adli cedera dipukul dengan cota di Singapura

|KAMAL Adli diserang pada bahagian kepala oleh seorang lelaki yang tidak dikenali di Singapura.
- Diterbit 12 Mac 2023 11:13 PM MYT

PELAKON Kamal Adli cedera teruk pada bahagian Kepala apabila diserang lelaki yang tidak dikenali menggunakan cota.

Kejadian itu berlaku selepas selesai menyertai sebuah acara Hari Raya Mega Sale 2023 yang berlangsung di Dewan 5A, Singapore Expo, Singapura malam tadi.

KAMAL Adli diserang pada bahagian kepala oleh seorang lelaki yang tidak dikenali di Singapura.

Menurut Uqasha, Kamal dipukul bertubi-tubi di seluruh badan sehingga bahagian belakang kepalanya pecah menyebabkan pendarahan yang banyak.

“Kami ada acara ekspo di Singapura. Hari ini adalah hari terakhir dan kami dah nak selesai. Lebih kurang jam 10 malam, ada seorang makcik nak bergambar di kerusi roda.

“Saya dan Kamal sedang bergambar dengan peminat. Tiba-tiba, ada seorang lelaki datang dan bertanya, Kamal mana.

“Kami fikir, dia peminat. Kamal tegur dia, tiba-tiba dia keluarkan cota dari poket. Dia pukul berkali-kali belakang kepala.

“Darah berjurai di baju. Apabila Kamal angkat kepala, dia pukul di tulang pipi. Kemudian berkali-kali di badan dan dia pun ada senjata tajam,” ujarnya.

Dalam pada itu, difahamkan Kamal dibenarkan pulang ke Malaysia setelah menjalani pembedahan.

Uqasha dalam pada itu memohon semua yang mengenali suaminya untuk mendoakan kesembuhan dan keselamatan mereka yang berada di Singapura ketika ini.

Sumber : Utusan Malaysia

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas