Biz

Dapat cop SIRIM, Hannan Medispa lancar strategi #nextlevel

Dr Hannan optimis mengembangkan jenama kosmetik rangkaiannya|DR Hannan Yusof bersama orang kuat SIRIM
- Diterbit 14 Mac 2023 2:00 AM MYT

SELEPAS 11 tahun beroperasi, jenama spa kecantikan popular, Hannan Medispa mengukuhkan posisinya dengan menandatangani Memorandum Perjanjian (MoA) bersama SIRIM Berhad.

Majlis berlangsung di pejabat SIRIM di Shah Alam, Selangor pada 10 Mac lalu menyaksikan kerjasama strategik termeterai sebagai kolaborasi terbesar dan pertama di Malaysia dalam bidang kosmetik diusahakan jenama terbabit.

TERMETERAI sudah MoA, Dr Hannan optimis mengembangkan jenama kosmetik rangkaiannya

Pengasas jenama itu yang juga doktor perubatan, Dr Hannan Yusof menyifatkan kerjasama berkenaan sebagai usaha berterusan mengukuhkan jenamanya ke satu lagi peringkat tertinggi.

Ia turut diperkasakan menerusi tanda pagar #nextlevel yang diwujudkan.

“Menerusi MoA dan kerjasama ini, SIRIM akan menjadi pembekal utama bahan mentah untuk produk kosmetik kami hasilkan. Bahan mentah pertama yang dibekalkan dalam produk kami ialah ekstrak nanas dipanggil ‘bromelain’.

“Kajian dan keberkesanan terhadap ekstrak nanas ini dilakukan pasukan penyelidik SIRIM sejak beberapa tahun lalu. Ia sekali gus membuktikan produk kosmetik kami hasilkan berasaskan ‘bromelain’ ini berkesan untuk digunakan termasuk mencerahkan kulit.

“Pihak SIRIM juga sudah dan akan berterusan menguji produk penjagaan kulit keluaran kami yang sedia ada di pasaran termasuk aspek keselamatan penggunaannya. Pendek kata, produk kami lulus tapisan keselamatan SIRIM,” kata Dr Hannan.

DR Hannan Yusof bersama orang kuat SIRIM, Datuk Dr Ahmad Sabirin Arshad

Dr Hannan menambah serentak dengan termeterai perjanjian itu, pihak SIRIM juga sudah mengeluarkan sijil keselamatan untuk beberapa produk diuji.

“Saya dengan kerendahan hati berharap kerjasama ini juga dapat membuka mata rakyat khususnya pengguna jenama kami supaya terus cakna dalam pemilihan produk penjagaan kulit yang selamat.

“Seperti yang ditegaskan Datuk Dr Ahmad Sabirin Arshad selaku Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan SIRIM, kalau produk ada cop SIRIM baru beli.

“Syukur Alhamdulillah produk rangkaian jenama kami sudah ada cop SIRIM. Kami pilihan mereka. Insya-Allah bersempena Syawal yang akan tiba, kami juga akan keluarkan set penjagaan kulit dan rambut edisi raya. Serentak dengan itu juga kita akan terbitkan sebuah video raya istimewa. Tunggu,” katanya.

DR Hannan bersama Datuk Dr Ahmad Sabirin Arshad dan Maria Farida

Beroperasi sejak 2012, jenama spa terkenal ini sudah memiliki 100 cawangan di seluruh Malaysia dengan jumlah keseluruhan 1500 staf.

Malah hingga kini jenama berkenaan mempunyai lebih 3 Juta pelanggan.

“Kami bermula dengan permulaan yang sangat penuh kerendahan diri. Hinggalah mampu mencipta empayar perniagaan yang berkembang pesat serta meluas.

“Lebih utama kami juga mewujudkan spa dan kemudahan ini bersifat mesra Muslim dan tanpa was-was. Kami mahu terus memberikan yang terbaik kepada pelanggan dan memastikan ‘everyone can cantik’.

“Malah dengan tanda pagar #nextlevel dilancarkan, kami mahu jadi terus relevan dan ekstrim. Kami sendiri bersifat spa dan salon terbesar di Malaysia dengan pertambahan cawangan baru setiap bulan,” katanya.

Fizo Omar hadir pada MoA berlangsung sebagai tanda sokongan
DR Hannan bersama nadi kekuatannya yang bertugas sebagai pengurus cawangan Hannan Medispa. Turut kelihatan Maria Farida.

Dr Hannan menambah, jenamanya turut memiliki kilang penjagaan kulit sendiri di Muar, Johor yang berkeluasan besar selain memiliki sijil pengiktirafan Good Manufacturing Practice (GMP) dan disahkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Bukan mendabik dada, tapi mana ada spa kecantikan lain memiliki kilang sendiri. Hanya kami saja medispa yang memiliki kilang sendiri setakat ini.
Spa baru kita juga terus dinaiktaraf dan diubah suai.

“Segala serbi termasuk bilik pameran dan perabot serba cantik. Mesin dan teknologi kita gunakan juga serba canggih.

“Tak lupa, kami juga terus mengubah gaya hidup staf yang menjadi nadi kekuatan empayar ini dengan pelbagai aspek termasuk peluang kerja, berkongsi ilmu hingga dapat membantu keluarga masing-masing.

“Kami bukan setakat membuka peluang kerja kepada ramai orang, tapi ini adalah perubahan hidup yang terbaik dalam terus mengimarahkan hidup serta ekonomi negara,” katanya.

Majlis MoA itu turut dihadiri Fizo Omar dan Datin Seri Maria Farida.

Instagram will load in the frontend.
=

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas