Selebriti

Justin Bieber lumpuh sebelah muka, batalkan konsert demi kesihatan

- Diterbit 11 Jun 2022 4:10 AM MYT

PENYANYI Justin Bieber,28, mendedahkan dia mengalami lumpuh sebelah muka disebabkan oleh sindrom Ramsay Hunt.

Ekoran itu, penyanyi yang popular dengan lagu Ghost dan Baby ini telah mengumumkan untuk membatalkan beberapa siri konsert jelajahnya.

Menerusi video pengumuman itu, Justin Bieber menjelaskan keadaan matanya yang tidak berkedip dengan betul serta susah untuk senyum.

Menurutnya, beliau diiangkiti sindrom Ramsay hunt selepas virus merosakkan saraf di bahagian telinganya.

“Virus menyerang saraf menyebabkan muka saya lumpuh.

“Seperti yang anda lihat, mata ini tidak berkelip. Saya tidak boleh tersenyum di sisi muka saya ini, jadi terdapat kelumpuhan penuh di bahagian muka saya ini,” jelasnya.

Justin Bieber kini dalam jelajah Justice di Amerika Utara dan telah membatalkan persembahan di Toronto, Washington DC dan New York. – WILAYAHKU

 

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas