Selebriti

“Bukan tak suka hiburan tapi…”- Aleeya mahu jenama Avenys ke depan

baru-baru ini.|ALEEYA bersama suami tersayang yang dikenali sebagai Big Boss.
- Diterbit 12 Jun 2022 1:37 PM MYT

DALAM keadaan ramai pengasas produk berlumba-lumba untuk menaja program hiburan, selebriti media sosial, Aleeya Zailan, 37, tidak menjadikannya sebagai fokus utama.

Namun dalam masa yang sama, pemilik jenama Avenys itu tidak menolak untuk menceburi industri hiburan tempatan jika berpeluang.

ALEEYA bersama suaminya Big Boss dan anak-anak tersayang dalam acara Rumah Terbuka Aidilfitri 2022 Avenys, baru-baru ini.

Menurut Aleeya, jika diberi peluang terlibat dalam bidang kreatif, beliau bukanlah selaku ‘pemain’ utama, namun cukup sekadar penaja yang berada di sebalik tabir.

“Saya bukannya tak sukakan hiburan, malah keluarga saya pun memang gemar menyanyi dan berhibur.

“Namun saya dan suami mempunyai empayar perniagaan untuk diuruskan, tidak hanya bergantung harap kepada kakitangan syarikat semata-mata.

“Jika mahu membabitkan diri dalam bidang ini, cukuplah sebagai penaja atau rakan strategik yang duduk di belakang kamera, tidak begitu menyerlah.

“Biar jenama atau bisnes kami yang ke depan, bukannya diri kami,” katanya kepada Wilayahku.

Aleeya ditemui dalam acara Rumah Terbuka Aidilfitri 2022 Avenys, baru-baru ini.

ALEEYA bersama suami tersayang yang dikenali sebagai Big Boss.

Dalam majlis tersebut, Aleeya turut memperkenalkan tudung Avenys yang menjadi permintaan ramai.

“Kami mula lancarkan tudung Avenys pada Ramadan lalu. Kita ada empat jenis iaitu Rejab, Syaaban, Ramadan dan Syawal.

“Untuk Aidiladha pula kami ada tudung yang diberinama Zebra, Flamingo, Leapord dan Maguro. Setiap satu berharga RM 99.

“Dari segi rekaan, kami mempunyai pereka fesyen kami tersendiri. Bukan senang untuk kami pilih rekaan terbaik. Lebih enam bulan juga kami ambil masa untuk pilih corak.

“Kadang-kadang corak dah cantik, tapi apabila sudah keluarkan warnanya seperti lari atau berbeza dengan yang kami mahukan.

“Jadi kami tukar balik. Begitulah proses yang kami lakukan sehingga betul-betul puas hati dan sedap mata memandang.

“Dalam masa yang sama, Tudung Avenys mempunyai kotak tersendiri, jadi pembeli boleh merasai pengalaman buat unboxing,” jelasnya lagi yang yang sebelum ini popular produk kosmetik Avenys. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas