Berita

JPV pantau kemasukan daging dari Brazil susulan penyakit lembu gila

A cow looks on at a farm in the town of el-Batten, about 35 kilometres west of Tunisia's capital, on January 20, 2023. - Tunisia's dairy sector's woes have been exacerbated by years of drought, drying up reservoirs and making it harder for farmers to grow their own fodder. The North African country's farming union says the price of cattle feed has risen by up to 40 percent in the past year due to the impact of the war in Ukraine on imported fodder ingredients. (Photo by FETHI BELAID / AFP)
- Diterbit 7 Mac 2023 3:00 PM MYT

JABATAN Perkhidmatan Veterinar (JPV) akan terus memantau kemasukan bekalan daging lembu import dari Brazil ke negara ini susulan laporan kes penyakit lembu gila di kesaan di negara berkenaan.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu, berkata, kes tersebut adalah atipikal’ atau lain daripada kebiasaan dan  bukan semua tempat mengalami wabak tersebut.

“Bagaimanapun, Jabatan Veterinar akan sentiasa memantau proses kemasukkannya ke negara ini,” katanya kepada pemberita sebagai mengulas mengenai laporan media baru-baru ini yang memetik Kementerian Pertanian Brazil melaporkan satu kes penyakit lembu gila dikesan di negara itu, bulan lalu.

Susulan itu, media antarabangsa pada Sabtu lepas melaporkan Thailand, Iran dan Jordan telah menggantung sementara import daging lembu dari Brazil.

Terdahulu, Mohamad menyaksikan Majlis Menandatangani Perjanjian Pajakan di antara Pesuruhjaya Tanah Persekutuan (PTP) bersama tujuh badan berkanun di bawah kementeriannya di Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP), di sini, hari ini.

Turut menyaksikan perjanjian adalah Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad. – BERNAMA

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas