Berita

7 maut, puluhan cedera dalam insiden letupan di Bangladesh

Firefighters and emergency teams works amidst debris following an explosion inside building in Dhaka on March 7, 2023. - At least 15 people were killed and more than 100 were injured in Bangladesh's capital after an explosion inside an office building in a bustling commercial district, police said. (Photo by Rehman Asad / AFP) (Photo by REHMAN ASAD/AFP via Getty Images)
- Diterbit 7 Mac 2023 3:15 PM MYT

SEKURANG-KURANGNYA tujuh orang terbunuh dan berpuluh-puluh lagi cedera dalam satu letupan yang berlaku di sebuah bangunan komersial di Dhaka, Bangladesh pada Selasa, kata seorang pegawai.

Letupan itu berlaku kira-kira 4.45 petang waktu tempatan berhampiran stesen bas.

“Tujuh mayat ditemukan di lokasi letupan,” menurut pegawai itu, lapor Xinhua.

Sekurang-kurangnya 70 orang yang cedera sedang dirawat di hospital dengan sebahagian mangsa berada di unit rawatan rapi.

Punca kejadian masih belum dapat dipastikan. – BERNAMA

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas