Lensa

Jarum dan benang,punca rezeki pesara polis

31
- Diterbit 26 Ogos 2023 6:00 AM MYT

MENELUSURI pekan lama di Sungai Besi Kuala Lumpur, Lensa Wilayahku tertumpu kepada sebuah kedai jahitan yang terlihat sudah bertapak lama.

Pemiliknya, seorang pesara polis yang telah berkhidmat selama 40 tahun, memilih untuk membuka sebuah kedai jahitan yang diusahakan bersama anak lelakinya.

Ketika ditanya kenapa memilih bidang jahitan selepas bersara, dia menyatakan perkhidmatan adalah bidang yang sentiasa mendapat sambutan dalam kalangan masyarakat tanpa mengira bangsa. Justeru, atas dorongan itu bersama minat menjahit, Mohd Sahad Abd Hamid, 65, akhirnya membuka kedai jahitan tujuh tahun lalu. Malah, sebuah lagi cawangan berjaya dibuka tiga tahun lepas bertempat di Presint 16, Putrajaya.

Mohd Sahad telah menjahit pelbagai jenis pakaian dan ketika kunjungan Wilayahku ke kedai, dia sedang menjahit sehelai pakaian bermotifkan Jalur Gemilang.Uniknya pakaian tersebut menggunakan sepenuhnya tiga helai bendera Malaysia.

Sebagai seorang yang pernah berkhidmat untuk mempertahankan negara, dia sempat menitipkan pesan supaya semangat cintakan tanah air terus disemai dan diterap dalam kalangan masyarakat terutamanya golongan muda agar perpaduan dapat dikekalkan dalam negara tercinta ini. – WILAYAHKU -SHUAIB AYOB

KETEPATAN dalam mereka letak kedudukan bendera untuk dijadikan busana menambahkan lagi seri.

 

SAHAD menunjukkan baju merdeka yang telah siap dihasilkan.
PEMILIHAN benang bersesuaian dalam menghasilkan sepasang baju akan menonjolkan kemasan akhir yang menarik.
SAHAD bersama anaknya Ahmad Firdaus, 31, yang turut meneruskan legasi perniagaan sebagai tukang jahit.

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas