Berita

Inisiatif Wilayah Cakna 3.0 akan diumum esok

- Diterbit 14 Oktober 2020 3:34 AM MYT

MENTERI Wilayah Persekutuan, Tan Sri TPr Annuar Musa dijangka membuat Pengumuman Khas Inisiatif Wilayah Cakna 3.0 pada pukul 12.30 tengah hari, esok.

Difahamkan, inisiatif tersebut akan memberi manfaat kepada warga Wilayah Persekutuan termasuk golongan miskin bandar, kumpulan B40, peniaga kecil dan penjaja.

Pada 25 Mac lalu, Kementerian Wilayah Persekutuan mewujudkan Inisiatif Wilayah Cakna dengan peruntukan RM63.6 juta bagi membantu warga kota dalam menguruskan impak penularan wabak COVID-19.

Inisiatif itu juga merangkumi pengecualian bayaran sewa sebulan pada Mac dan penangguhan dua bulan kepada 40,000 penyewa rumah Program Perumahan Rakyat (PPR) Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) dan Perumahan Awam (PA) Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) berjumlah RM4.96 juta. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas