Utama

SOP PKPB DI SELANGOR, KUALA LUMPUR, PUTRAJAYA

- Diterbit 13 Oktober 2020 9:15 AM MYT

Kawalan Pergerakan
PDRM bertanggungjawab melaksanakan kawalan ke atas kawasan tempat jangkitan dengan bantuan ATM, APMM, APM dan RELA.

Hanya dua orang sahaja yang dibenarkan keluar dari rumah bagi tujuan mendapatkan bekalan makanan serta keperluan lain manakala individu berisiko tinggi dan kanak-kanak tidak digalakkan keluar ke kawasan awam, terbuka dan sesak.

Pergerakan keluar masuk merentas daerah dan negeri yang melibatkan kawasan PKPB adalah tidak dibenarkan kecuali:
• Kes kecemasan seperti sakit dan pengurusan jenazah di luar daerah dibenarkan tetapi perlu mengemukakan permohonan pergerakan kepada PDRM.

• Pekerja yang mempunyai pas pekerja yang sah atau surat kebenaran daripada majikan. Bagi pekerja dari dalam daerah yang sama, mereka tidak perlu mengemukakan surat majikan atau pas pekerja. Pihak kerajaan menggalakkan majikan membenarkan pekerja-pekerja mereka untuk bekerja dari rumah.

• Bagi mereka yang perlu melalui negeri Selangor dan Kuala Lumpur ke negeri-negeri lain termasuk menggunakan pergerakan udara, dinasihatkan untuk mendapatkan kebenaran daripada balai polis berhampiran.

Aktiviti Ekonomi dalam kawasan PKPB

  1. Semua aktiviti perniagaan, ekonomi dan industri boleh beroperasi.
  2. Restoran, kedai / gerai makan, kenderaan bersaji (food truck), penjaja tepi jalan, penjaja beredar, medan selera / pusat penjaja, gerai makan tepi jalan / kiosk, kedai runcit dan kedai serbaneka dibenarkan beroperasi antara 6 pagi hingga 10 malam.
  3. Pembelian makanan digalakkan secara pandu lalu, penghantaran atau take-away sahaja.
  4. Makan di premis makanan terhad kepada 2 orang 1 meja dengan pematuhan SOP Sektor Makanan.
  5. Operasi pasar harian antara 6 pagi hingga 2 petang sahaja
  6. Operasi pasar borong antara 4 pagi hingga 2 petang sahaja
  7. Operasi pasar tani antara 6 pagi hingga 12 tengah hari
  8. Operasi pasar malam antara 4 petang hingga 10 malam
  9. Operasi Stesen Minyak antara 6 pagi hingga 10 malam (kecuali Stesen Minyak di lebuhraya dibenarkan beroperasi 24 jam)
  10. Perkhidmatan pengangkutan awam seperi bas henti-henti, bas Ekspres, LRT, teksi/ e-hailing dibenarkan beroperasi
  11. Perkhidmatan teksi/ e-hailing, (maksimum hanya 2 orang penumpang) dan penghantaran makanan dibenarkan beroperasi dari 6 pagi hingga 12 tengah malam
  12. Bagi kenderaan yang membawa pekerja, mereka boleh membawa penumpang seperti yang ditetapkan sebelum ini

Perubatan dan Kesihatan
• Operasi klinik, hospital kerajaan dan swasta dibenarkan secara 24 jam.
• Farmasi dan kedai menjual ubat-ubatan beroperasi mulai 8 pagi hingga 11 malam.

Sektor Ekonomi Dan Industri
Aktiviti sektor ekonomi dan industri di kawasan PKPB berjalan seperti yang ditetapkan dengan pematuhan SOP.
• Semua kenderaan berkaitan industri, perniagaan, perkilangan yang dibenarkan boleh beroperasi seperti biasa termasuk merentas daerah dan negeri.

Aktiviti Keagamaan
• Azan dan solat lima waktu dibenarkan dengan kehadiran enam jemaah yang ditentukan jawatankuasa masjid termasuk Imam.
• Pengurusan dan petugas di semua rumah ibadat bukan Islam dibenarkan seramai enam orang sahaja.

Aktiviti Sukan
• Aktiviti sukan secara individu, e-sports, sukan yang tidak bersentuhan dan sukan outdoor yang tidak melebihi 10 orang DIBENARKAN.
Aktiviti kolam renang, bersentuhan fizikal, sukan bertempur dan penganjuran sukan/kejohanan TIDAK DIBENARKAN.
• Acara dan pertandingan sukan dengan kehadiran penonton dan acara dan pertandingan sukan yang melibatkan peserta dari luar negeri TIDAK DIBENARKAN.
• Bagi proram latihan berpusat yang sedang dilaksanakan Majlis Sukan Negara dan Majlis Sukan Negeri-negeri boleh diteruskan secara Quarantine Based Approach seperti yang dilaksanakan di Kompleks Majlis Sukan Negara Bukit Jalil dan Keramat, Akademi Badminton Malaysia Bukit Kiara dan Pusat Kecemerlangan Sukan Paralimpik Kampung Pandan.

Pendidikan
Institut Pengajian Tinggi Awam dan Swasta, Institut Latihan Kemahiran, sekolah, tadika, taska, pusat tahfiz dan pusat jagaan kanak–kanak ditutup.
• Pelajar sekolah, IPTA, IPTS yang mengambil peperiksaan dengan institusi pengajian luar negara, mereka dibenarkan untuk hadir menduduki peperiksaan sahaja dan bukan untuk sesi pembelajaran.

 

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas