Berita

Ibu Khai Bahar meninggal dunia

- Diterbit 3 Januari 2024 4:27 AM MYT

IBU penyanyi Khai Bahar iaitu Rosnah Muhammad, 62, meninggal dunia di Kangar, Perlis, pada malam Selasa.

Khabar duka ini dikongsi  pengurus Khai iaitu Mohammed Rizal Mohammed Yasin melalui Instagram Story (IGs).

“Salam semua, saya pengurus yang mewakili pihak Khai Bahar ingin memaklumkan bahawa Mak Ros (panggilan buat ibu Khai) meninggal dunia sebentar tadi di Perlis.

“Proses solat jenazah dan pengebumian akan dimaklumkan dari masa ke semasa.

“Semoga roh arwah dicucuri rahmat (Al-Fatihah),” tulisnya yang turut diulang siar Khai di IGs.

Sementara itu, Khai yang sedang bercuti  memuatnaik video di IGs menunjukkan sedang menarik bot untuk pulang ke Kangar.

Dalam video tersebut, Khai menangis tanpa kata-kata dan meninggalkan kapsyen ‘mak’ pada video tersebut.

Terdahulu, Allahyarham Rosnah dilaporkan pada 25 Disember lalu, menghidap pelbagai penyakit seperti buah pinggang, jantung, paru-paru dan hati. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas