Selebriti

Hafidz Roshdi sah suami Athira Yuhada

- Diterbit 16 Disember 2023 1:49 PM MYT

PELAKON Hafidz Roshdi menamatkan status dudanya hari ini apabila sah bergelar suami kepada wanita pilihannya Athira Yuhada, semalam.

Menerusi hantarannya di Instagram, Hafidz yang menduda selama enam bulan sebelum ini, memuat naik video majlis akad nikah yang berlangsung dan foto bersama isterinya itu.

Dalam perkongsian itu, Hafidz atau nama lengkapnya Muhammad Hafidz Roshdi, 29,meluahkan rasa syukur apabila sah bergelar suami kepada Athira.

“Alhamdulillah,” tulisnya berserta tanda pagar #HafidzAthira.

Majlis pernikahan Hafidz dengan pasangan berlangsung di Glasshouse Event Space Glenmarie, Shah Alam.

Sebelum ini  timbul khabar angin yang Hafidz bakal bernikah dengan Athira hari ini, namun dia enggan memberikan sebarang komen.

Athira adalah wanita yang dilaporkan menjadi punca pergolakan rumah tangga Hafidz bersama bekas isterinya, Nurul Shuhada.

Hafidz  mendirikan rumah tangga dengan Nurul Shuhada pada 30 April 2016, dan pasangan ini bercerai pada 27 Julai lalu.

Hasil perkongsian hidup, Hafidz dan Nurul Shuhada dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Humairah, 6, dan Umar, 3. – WILAYAHKU

 

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas