Selebriti

Dikecam netizen… TV AlHijrah tangguh siaran episod ‘Kak Long 7E’

- Diterbit 16 Mac 2022 12:13 AM MYT

SELEPAS dikecam teruk, stesen televisyen TV AlHijrah mengambil keputusan untuk menangguhkan siaran episod yang melibatkan kehadiran ‘Kak Long 7E’.

TV AlHijrah dalam satu kenyataan berkata, penangguhan itu dibuat selepas mengambil kira kegelisahan yang tercetus susulan daripada program tersebut.

“Program Trending merupakan sebuah program perkongsian yang membincangkan isu-isu terkini yang tular di media sosial.

“Kehadiran Kak Long 7E di studio juga disertai oleh Ustazah Isfadiah Mohd. Dasuki sebagai panelis yang mengambil peranan memberi tausiyah, teguran serta pengajaran kepada Kak Long 7E agar lebih peka dan bertanggungjawab sebelum berkongsi apa sahaja isu di mana-mana platform khususnya di media sosial.

“TV AlHijrah juga mengambil kira kegelisahan yang . dan mengambil keputusan untuk menangguhkan penyiaran episod tersebut,” katanya.

Terdahulu, stesen TV AlHijrah dan Pencetus Ummah Amin dikecam netizen apabila tular satu promosi program yang melibatkan Kak Long 7E sebagai tetamu.

Rata-rata netizen berpendapat episod tersebut tidak wajar disiarkan kerana mempromosi wanita yang mencetuskan isu tular baru-baru ini. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas