Selebriti

Cecah lebih 8.5 juta tontonan di TikTok, Nirmala kembali tular

PENYANYI nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza
- Diterbit 15 Mac 2022 10:50 PM MYT

SELEPAS persembahan penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza di program Big Stage pada 6 Mac lalu, lagu Nirmala kembali tular dalam media sosial dan aplikasi TikTok.

Malah, lagu yang dilancarkan pada 2002 itu dijadikan lagu latar bagi cabaran tarian Nirmala di TikTok dari pelbagai negara.

PERSEMBAHAN Siti Nurhaliza di Big Stage pada 6 Mac lalu.

Siti, 43, berkata, ia sesuatu yang luar biasa sepanjang 20 tahun kemunculan lagu Nirmala.

“Saya berkesempatan menonton beberapa video ‘challenge’ atau cabaran ini di TikTok dan tentunya ia sesuatu yang luar biasa bagi saya.

“Saya berterima kasih kepada semua pihak yang sudah memperkenalkan lagu ini dengan cara begini.

“Saya akui bahawa Nirmala selalu saya persembahkan kerana ada ciri atau ‘trademark’ khas tarian terutamanya pada bahagian korus lagu ini tetapi pada waktu dulu tidak ada TikTok dan tentunya hari ini, lebih mudah dikenali kerana begitu banyak platform media sosial yang boleh memperkenalkannya,” katanya.

Di aplikasi TikTok, tanda pagar #nirmalachallenge sudah mencecah lebih 8.5 juta tontonan. – WILAYAHKU

 

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas