DBKL naik taraf jalan, laluan ke Lebuhraya Mahameru dilencong mulai 12 Ogos
PETA menunjukkan laluan yang akan ditutup dan dilencongkan.

DBKL naik taraf jalan, laluan ke Lebuhraya Mahameru dilencong mulai 12 Ogos

BAGI memberi keselesaan kepada pengguna jalan raya di masa hadapan, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan menaik taraf persimpangan bertingkat di beberapa laluan utama sekitar ibu negara bermula hari ini.

DBKL dalam kenyataan memaklumkan, kerja-kerja menaik taraf itu melibatkan Lebuhraya Sultan Iskandar (Lebuhraya Mahameru), Jalan Tun Razak, Jalan Tun Ismail, Jalan Ipoh dan beberapa laluan lain sekitar Kuala Lumpur.

“Sehubungan itu, penutupan jalan dan lencongan trafik akan dilaksanakan di persimpangan lampu isyarat dari Jalan Sultan Azlan Shah menghala Lebuhraya Sultan Iskandar bermula 12 Ogos 2021 sehingga 11 April 2022.

“Trafik dari Jalan Sultan Azlan Shah (arah ke Sentul) menghala Lebuhraya Sultan Iskandar akan dilencongkan ke Jalan Rahmat dan juga Jalan Sentul – Jalan Sentul Manis – Jalan Tun Razak untuk ke lebuhraya berkenaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut kenyataan itu, trafik dari Jalan Sultan Azlan Shah (arah pusat bandaraya) akan dilencongkan ke kiri Jalan Tun Razak dan membuat pusingan U sebelum Bulatan Pahang melalui Jalan Pahang – Jalan Tun Razak untuk ke Lebuhraya Sultan Iskandar.

Tambahnya, pengguna jalan raya dinasihatkan supaya mematuhi isyarat papan tanda sementara sebagai panduan dan langkah keselamatan bagi mengelakkan kekeliruan. – WILAYAHKU

CATEGORIES
TAGS