Berita

COVID: Kes baharu turun, catat 4,949 kes

KETUA Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam kenyataan berkata daripada 28 kes varian baharu itu, 18 kes merupakan varian Delta (B.1.617.2), lima varian Beta (B.1.351), tiga varian Kappa (B.1.617.1) dan dua varian Alpha (B.1.1.7). KETUA Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.
- Diterbit 14 Jun 2021 7:42 AM MYT

JUMLAH kes baharu harian COVID-19 yang dilaporkan dalam tempoh 24 jam lalu menunjukkan penurunan apabila 4,949 kes dicatatkan berbanding 5,304 semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi hantaran di laman Twitter berkata perkembangan terbaharu itu menjadikan angka kumulatif jangkitan di dalam negara berjumlah 662,457 orang setakat ini.

Selangor kekal negeri tertinggi kes harian iaitu sebanyak 1,523 orang diikuti Sarawak (744), Kuala Lumpur (503), Johor (430) dan Negeri Sembilan (323).

Selain itu, Sabah (273), Pulau Pinang (214), Kelantan (214), Kedah (199), Perak (136), Melaka (119), Labuan (113), Terengganu (86), Pahang (61), Putrajaya (10) dan Perlis (satu). – BERNAMA

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas