Puisi

Artikel

Erti Sebuah Sesamarataan

ERTI SEBUAH SESAMARATAAN Di gerbang kedamaian kulit tiada warna warna tiada kasta Ditanggal sepatu berjenama baring bersama selipar songkok dan kopiah bermesra Ketika takbir bahu-bahu berkucupan pertama kali berkenalan Semasa rukuk dan sujud pangkat segera luruh bersama dosa-dosa keruh Selepas memberi salam jari-jari berpelukan haruman redha bertebaran rahmat dari Tuhan

Agama

Minggu ketiga Akademi Qurra’ angkat tema Solidariti Buat Turkiye

MINGGU ketiga program Akademi Qurra’ yang ditayangkan di TV AlHijrah pada Sabtu lalu memilih tema Kemanusiaan iaitu Solidariti Buat Turkiye. Ia susulan gempa bumi melanda Turkiye pada 6 Februari lalu yang sudah mengorbankan lebih 20,000 mangsa. Melihat pemilihan tema sebagai elemen penting dalam mewujudkan ‘mood’ yang sesuai kepada peserta, menurut

Artikel

Air mata sungai yang tertumpah

Air mata ini jika disukat tidak memberi laba bermegah kalian sanggup menodaiku kesucian diri kujaga rapi musnah laku tanpa malu menjarah tubuh perawan gebu. Jernih tidak sekilau kristal aku yang kau perlukan langsungkan kehidupan maya tapi hilang segala ada dadaku didakap perahu kecil mengaut khazanah rezeki di lubuk ikan berenang

Artikel

SIARAN LANSUNG

Kuketik nama aplikasi yang telah menjadi resmi Kuklik ‘bersiaran’ berdesup diri ini masuk ke ruangan terbuka Buat sesiapa sahaja yang sudi, Yang mahu melihatku Seketika sahaja aku Bersama bot-bot aplikasi Yang sebenarnya penuh dengan penagih yang misteri dan bersiri ‘Encik Misteri Bersiri menyertai …’ Siapakah itu? Yang masuk menyapa ceria

Artikel

AKU DAN ANGAN

Setiap tiba saat itu di tikar istirehat tempat melabuh penat bakal ku tidurkan kudrat yang lemas digomol kantuk. Pada bantal kekabu lusuh aku tuliskan angan tentang hari ini hari itu dan hari-hari bisu yang menghening. Di sudut angan aku isikan wajah-wajah kamu,aku dan kita padat semuatnya agar suara panggilan pagi

Artikel

WILAYAH TIGA

Kuala Lumpur ibu, kepada wilayah kami ditadbir payung mahkota memercik cahaya kemilau tempat berteduhnya; segala perjuangan segala pencarian segala pertemuan bagai mengutip bahagia di luar mimpi. Kuala Lumpur dibangun dari seluruh dimensi dengan karun fikir menjadi muara citra tempat bertemunya segala cerita. Putrajaya yang rendang dengan landskap seniman sebuah laman